BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN KE WWW.ABDULHANAN.COM
do comment my entry. have a nice day~ :)
Pages
2011
Pindah ke www.abdulhanan.com
Tuesday, October 4, 2011 micosey
#116 Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka
Sunday, August 28, 2011 micosey bangga, bangsa, malaysia, merdeka, negara, raya, suka
Ini cubaan kedua dengan bantuan Bang Mirul . Khas untuk semua. |
Bertuahnya Malaysia hari ini apabila Hari Raya Aidilfitri disambut dengan kehadiran bulan kemerdekaan!
Tahun ini,pertama kali aku merasa balik kampung dalam mood raya. kenapa ? sebab sebelum ni kedua-dua kampung aku dalam satu negeri yang sama iaitu Perlis. So mood balik kampung tu tak ada lah sangat. hehhe
Nak dijadikan cerita,kali pertama membeli tiket bas raya ..
#115 Khas buat Abg Fahkrul Razzi
Saturday, August 20, 2011 micosey bangga, dunia, hidup, kerja, pilot, suka
Abg Fahkrul Razzi |
Nak tau sapa diorang ? Ok,Abg Fahkrul ni merupakan sepupu kepada Abg Ijan kalau tak salah aku. heheh
Abg Ijan yang dulunya seorang cadet pilot MAS yang study dekat APFT Kelantan,kini dia dah menjadi Pilot MAS
#114 Gambaran,Kenangan
Wednesday, August 17, 2011 micosey aku, ramadan, suka, universiti, uthm
Sebenarnya aku agak sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan. Bulan puasa ni agak sibuk lah bagi aku walaupun baru sekali latihan kayak diadakan.
Cuma agak sibuk apabila ada kelas hingga lewat petang dan bersedia untuk ke masjid berbuka beramai-ramai hampir setiap hari.
Dan aku juga turut diuji dalam bulan mulia ini dengan beberapa ujian yang amat perit.
Aku berharap agar aku dapat menjalani ujian tersebut dengan baik dan sabar.
#113 Petanda Bahawa Dia Jodoh Kita
Wednesday, August 10, 2011 micosey aku, cinta, jodoh
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita
#112 Pertama Kali Puasa Di Rantauan
Monday, August 8, 2011 micosey aku, gambar, puasa, suka, uthm
Hai semua. Masih letih nak update blog tapi disebabkan semangat yang membara ini membawa aku untuk terus menulis dan menulis.
Aku ingin meningkatkan traffic blog ini lantas menukarnya menggunakan domain sendiri.
Insyaallah aku akan cuba bersungguh-sungguh dan ingin membuatkan agar blog ini tidak terlalu merepek .
#111 Starbucks - Haram atau Halal ? - Jakim Jelaskan
Sunday, August 7, 2011 micosey aku, dunia, halal, suka
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
#110 Trip Yang Panjang & Meletihkan
micosey aku, kawan, letih, uthm
Alhamdulillah saya dah selamat sampai ke destinasi iaitu daripada Perlis ke Batu Pahat,Johor.
untuk apa saya ke sini ? Untuk belajarlah. haha
Saya merupakan salah seorang pelajar yang belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau lebih dikenali sebagai UTHM.
Rata-rata pelajar sini datang
#109 Mana Antivirus Anda ?
Saturday, August 6, 2011 micosey aku, antivirust, dunia, komputer, share
Bulan puasa macam ni,banyak lah pembacaan di laman - laman blog.
Bosan sebenarnya. hehe
Kemudian,saya terjumpa website yang.......
#108 Kempen - Jom Kibar
Friday, August 5, 2011 micosey aku, bangga, merdeka, negara, suka
Dalam kesibukan kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan,kita harus ingat,satu hari peringatan besar kepada kita bakal menjelma tidak lama lagi. Apakah hari tersebut ? Hari Kemerdekaan!! :)
Tanpa negara, siapa kita ? Adakah saya mampu menulis entri ini ? Adakah anda mampu membaca entri ini ?
Adakah tanpa negara,anda mampu update status di facebook ? Adakah anda akan dapat berpuasa dengan sempurna ? Adakah anda dapat
#107 Pemangku Naib Canselor UNISEL
micosey dunia, malaysia, politik, universiti
Timbalan Presiden (Akademik) Univesiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad dilantik sebagai Pemangku Naib Canselor UNISEL selepas jawatan itu dikosongkan oleh Datuk Dr Rosti Saruwono berkuatkuasa 2 Ogos lalu.
Pelantikan Dr Anuar ini berkuatkuasa mulai hari ini sehingga Naib Canselor yang baharu dipilih.
Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga
#106 Ally Iskandar Sah putus tunang
Thursday, August 4, 2011 micosey aku, artis, dunia, malaysia, sedih, tunang
ok.aku mendapat tahu bahawa pengacara terkenal di tv3 iaitu ally iskandar sudah pun putus tunang.
katanya,tiada keserasian antara dia dan pasangan menyebabkan mereka terpaksa memutuskan pertunangan dan bukan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.
Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang
Di sidang media Mentor Raya 2011 malam tadi, personaliti dan pengacara TV3, Ally Iskandar telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu. Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
#105 Shahir af8 - Akan merubah apa2 ?
micosey artis, duka, malaysia, sedih
fikirlah kembali shahir! :)
#104 Shahir AF8 mahu berhenti jadi penyanyi ??
micosey artis, dunia, malaysia
Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya
PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.
Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.
“Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya. Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini,” kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.
Tambahnya: “Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.
“Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC). Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.”
Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan ‘ghaib’ dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya. Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat. Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.
Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan. Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa. Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. via Mstar Online
sumber - BUDIEY.COM
respons needed.. Chill yo!! :)
#103 Amalan Sunat Ramadan
Wednesday, August 3, 2011 micosey akhirat, aku, pahala, puasa, ramadan
#102 Antara kesan Ramadan padaku
Wednesday, July 27, 2011 micosey aku, duka, ramadan, sedih
Ramadan,bulan yang mulia.
banyak iktibar yang boleh kita dapat ketika bulan ramadan.
baiklah,tak perlu aku berhujah panjang,cuma aku ingin tekankan pada satu perkara ini. hingga kini,aku masih rasa bersalah ,sedih .
aku pernah post sebelum ini,anda boleh lihat di SINI .
erm,sebenarnya, disebabkan keseronokan yang aku nakkan,aku lupa pak ngah aku yg terlantar sakit di hospital. pada mulanya tidak serius,namun disebabkan kejahilan aku,aku tak pergi melawat dia bersama bapaku dan adikku petang itu kerana aku hendak ke bazar ramadan dengan kawan2.
aku langsung tak melawat dia yang banyak berjasa pada aku!! kenapa aku begitu jahil ketika itu ??
dia yang telah pergi ,tak mungkin akan dapat kembali. tak mungkin aku dapat menjenguk dia lagi. beberapa hari dia terlantar di hospital pada bulan ramadan. aku cuma pernah pergi sekali ja. ! T_T
aku mengaku,rasa bersalah tetap terpahat dalam hati aku!
suatu ketika dulu,aku pernah ditimpa penyakit serius.
aku dibawa ke Kedah Medical Center oleh ibu bapa aku untuk rawatan pakar. penyakit aku ketika itu agak serius.
apabila aku pulang,pak ngah aku merupakan salah seorang yg ternanti nanti kepulangan aku untuk bertanya khabar.
malamnya pula,dia datang melawat lagi.
setiap petang,dia akan datang. malangnya,ketika dia sakit,aku tak ergi menjenguk dia. jarang-jarang sekali aku pergi hingga lah hembusan nafas yang terakhir.
aku sentiasa doakan agar dia sentiasa di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
aku terhutang budi dengannya. aku terlalu jahil hinggakan melebihkan keseronokan aku sendiri tanpa pergi menziarahnya yg mungkin menunggu kedatanganku!
maafkan saya pak ngah. :(
selepas pemergian beliau,aku rasa sangat bersalah.
dan melaluinya,aku belajar sesuatu. pentingkan orang yang mementingkan kita daripada mementingkan diri sendiri .
maaf,tak dapat aku sambung lagi entri ini.
Al-Fatihah .
#101 Cinta pada semua
micosey aku, cinta, duka, dunia, hidup
#0100 Semua Tentang Cinta
Sunday, July 24, 2011 micosey aku, cinta, dunia, sedih
Kadang-kadang hang,kadang-kadang laju
Kadang kena format,kadang-kadang ada virus
Tapi jika semuanya dijaga rapi ianya akan memudahkan kerja
Cinta itu boleh diibarat rumah
Dindingnya harus dicat bagi menampakkan keserian
Tiangnya harus kukuh
Bumbungnya harus tidak bocor.
Cinta itu bak pohon berbuah
Makin rendang,makin redup
Makin dibaja,makin subur
respons needed.. Chill yo!! :)
#099 Kayak dan Kayak
Wednesday, July 20, 2011 micosey aku, best, kayak, suka, uthm
kayak.. hahahahah
kalau kawan2 aku yg kenal aku,sure depa ( mereka ) tau bahawa aku ni tak layak main kayak.
kenapa ? sebab aku tak reti berenang! haha ( tak malu bagitau orang kau x reti berenang ? )
sesungguhnya,buat apa kita nak malu bagitau orang kan ? at least,bila orang tau,maybe diorang kenal aku dan bila diorang nampak aku terjatuh dalam air,diorang tahu yang aku tak tahu berenang malah mungkin diorang akan selamatkan aku.
(kenapa aku guna diorang ? ) sebab ramai kawan2 di johor tak faham apabila aku cakap 'depa' ..heheheh
hurmm.. memang 'practice makes perfect' . dulu masa aku tingkatan 3 dan 4,aku banyak berlatih kayak di sungai bersebelahan rumah ku,yang agak dalam dan deras arusnya. tak percaya ? jom ah p rumah aku!
dan beberapa pertandingan kayak aku sertai melalui beberapa gerakan di kampungku seperti open tournament kalau tak silap di langkawi ketika aku tingkatan 4,juga 2 events di sebuah tasik di jitra.
memang aku tak tahu berenang. serious. mungkin dahulu aku berani sebab aku masih dianggap budak2 lagi dan mungkin perhatian yg diberikan pada budak2 ketika berada di air lebih tinggi,so aku xdalah takut sangat.
namun apabila aku berada di uthm,aku seperti dewasa. mampu buat segalanya secara sendiri dan sebagainya.
ini yang aku takut. haihh
so,di uthm,aku makin menjadi jadi main kayak kat sini. 'main' ja okay,bukan 'training' (aku bukan atlet) .. hahaha
so,ada la beberapa otai kayak iaitu atlet kayak uthm yang sangat ramah dan baik...
bro eddy,bro hakim dan bro jack.. serta bro jan.. diorang ni banyak bantu aku belajar pasal kayak,skills yang betul dan fitness.. hehe
kiranya macam jurulatih lah. haha
di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang sudi membantu aku ketika aku 'tenggelam' di tasik apabila kayakku terbalik. almaklumla,aku pakai TK1,sit K1,kalau tak silap aku. sit yang membuatkan aku susah nak balance kan diri. kebanyakan sit tersebut untuk professional dan race dan selalunya digunakan untuk kayak K1.
harap2,aku dapat lebih serius dan dapat meneroka lebih dalam mengenai kayak di uthm nie.! atlet mungkin ? hahaha ( sila belajar berenang dulu !! )
K1 - selalunya digunakan dalam race |
TK1 - training.belajar |
respons needed.. Chill yo!! :)
#098 Penyumbang Traffic aku!
micosey aku, link, sayang, suka, traffic
salam 1malaysia.
cewahh.. hari ini aku mulakan dengan salam satu malaysia ? apa ke halnye ? hahah
sebenarnya begini.. aku baru ja check traffic source aku yang agak tinggi datang daripada beberapa blog yang tinggi trafficnya.
aku tak tahu kenapa ramai datang daripada situ..ehehe
tapi sebagai penghargaan aku kepada semua penyumbang2 traffic aku,aku buat post ini just untuk diorang. so,aku harap korang dapat view dan komen2 lah blog orang2 yang aku bakal 'link' kan nanti.
sesungguhnya kita sebagai seorang blogger,terutamanya blogger baru,amat mengharapkan traffic yang tinggi yang datang daripada blog ternama atau yang dah tinggi trafficnya selain daripada kita promot aja di fb. kan kan kan ?
tak perlu cakap banyak,inilah yang aku dapat hasil blogwalking,komen dan juga hubungan baik sesama blogger.
seminggu punya traffic source |
http://ezmaliza.blogspot.com/
http://dr-mfs.blogspot.com/
http://ceritahatihusna.blogspot.com/
respons needed.. Chill yo!! :)
#097 Cabaran Hidup
Monday, July 18, 2011 micosey aku, duka, hidup, sedih, uthm
percayalah,hari demi hari hidup anda akan menjadi semakin susah dan susah dan susah melainkan anda merupakan seorang yang tak pedulikan pada masalah yang berlaku.
tak apalah,lain orang,lain jalan hidupnya. sudah semestinya,qada dan qadar telah menentukan segalanya. namun,usaha diperlukan dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini.
hari ini beberapa perkaa besar telah ebrlaku padaku.
1. aku dimarahi seorang perempuan yg pada aku seorang yg lemah lembut dan baik (ini bukan ayat bodek )
tapi mungkin disebabkan perangai aku yg always nak 'joke' aja di mana2,telah membuatkan dia terasa hati dengan ayat2 yg aku keluarkan. sorry,aku tak berniat nak kata apa2 pasal tu. aku cuma nak melawak. mungkin aku x kenal hang sangat,tetiba ja buat lawak bodoh kat situ,itu yg menyebabkan hg sakit hati.. aku minta maaf sekali lagi dan lagi dan lagi.. sesungguhnya,satu perasaan yg amat teruk apabila kita dimarahi seseorang tidak kira siapa pun.:((
2. aku mendapat jemputan ke satu event besar bersama perdana menteri sabtu ini di perlis ,malangnya aku berada di johor belajar.. cuti aku seminggu selepas event tu berlangsung.omaigod. mungkin ramai antara kita yg benci PM Najib,tapi it's still my pleasure to see him. it;s not easy to be a PM. and because of him,we still live peacefully in a country named malaysia. kita tak dapat nak penuhkan harapan setiap orang. seperti aku,aku tak dapat nak penuhkan segala harapan yang kawan2 berikan padaku,ridak semua mampu ku penuhkan,kerana aku manusia biasa. begitu juga pm,dia juga manusia dan dia juga melakukan kesilapan. bagi aku,kita tidak patut menilai seseorang melalui kesilapan yg dilakukan namun kita nilai berdasarkan apa yg telah dia lakukan dan apa yang bakal dia lakukan.
itu ja. malas cakap banyak. sekarang aku on training for kayak. training aje la. sure x dapat wakil uthm punya. haha :)
respons needed.. Chill yo!! :)
#096 Nisfu Syaaban . Apa itu ?
Friday, July 15, 2011 micosey agama, aku, hadis, suka
marilah kita sama-sama mengimarahkannya |
#095 Hancur.Musnah.Roboh.Ranap
Sunday, July 10, 2011 micosey aku, cinta, duka, sedih
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa inigetarkan jiwamu
Jantung ini Detakkan Jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Takkan menyesal hidup
Didalam hidupku
Rasa ini terus padamu
Takkan kubiarkan sampai
Aku mati
reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan Aku kan mencuba
Tak peduli kau berkata
Untuk mau atau Tidak
1) orang itu tidak mengenali kita sangat
tapi,entahlah. apabila masuk ke bahagian hati dan perasaan ,aku gagal.
dan satu lagi,bagi aku ,kalau ada kawan aku yang minat pada orang yang sama dengan aku,aku akan mengundur diri. tak mungkin aku akan membahayakan persahabatan aku hanya kerana seorang perempuan.
apa pendapat anda semua ??
respons needed.. Chill yo!! :)
#094 Selamat Ulang Tahun Tun
micosey aku, mahathir, malaysia, melayu
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi.
Beliau ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad ! Salah seorang idola aku sedari kecil. Ramai yang mengutuknya apabila melaksanakan sesuatu tindakan kerana seperti dinyatakan ,gaya pemerintahan yang autokratik. namun,dengan autokratiknya ,dengan kronismenya, Malaysia menjadi Malaysia.
Dulu,masa aku darjah 3,aku tengok Perhimpunan Agung Umno ,hari sabtu, 22 jun 2002, aku menitiskan airmata .aku masih kecil pada masa itu iaitu semasa berumur 9 tahun,aku menangis!!!
Dr mahathir yang aku kena sedari darjah 1 dan terus menjadi idola aku sampai sekarang,mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga semua jawatan yang beliau pegang. Aku yakin,pada masa itu,walaupun ramai yang membencinya yang dikatakan kronisme dan memerintah secara autokratik,namun mereka turut berasa sebak.
aku juga yakin,dahulu pihak parti pembangkang amat menyanjungi tokoh ini,Mahathir!
Beberapa hari lalu,aku membaca buku yang ditulis oleh Hajrudin Somun and again few tears dropped down .aku terbaca kisah2 ketika beliau meletak jawatan. entah kenapa aku terasa terlalu kehilangan!!
Kau telah merubah Malaysia,negara yang aku tinggal dalam keadaan aman dan sejahtera!
Kau modenkan Malaysia negaraku ini,wahai Mahathir.
Kau tiada pengganti Mahathir!
Kau sentiasa bersamaku Mahathir!
Terima Kasih Mahathir!
selepas perletakan jawatan Tun,daku rindu keamanan dan kemakmuran malaysia!
sekarang,malaysia tidak seperti dulu!
Dipimpin oleh pemimpin yang tidak setegas kau Mahathir!
sehingga mampu diporak perandakan negara ini Mahathir!
Melayu yang kau angkat suatu ketika dulu,sedang jatuh Mahathir!
kami melayu perlukan kau Mahathir!
bawa kami naik semula!
disebabkan politik,Melayu berpecah.
pemerintahan tak sperti dulu!
segalanya dah berubah!
Kau bukan sembarangan orang Mahathir!
Aku berharap agar akan ada orang seperti kau bakal menerajui Melayu dan Malaysia kembali ke puncak!
maaf kepada sesiapa yang benci mahathir,tetapi saya di sini amat menyanjungi beliau.
walaupun saya hanya pernah bersemuka dengan tun sekali sahaja,namun itu cukup bererti buat saya!
Selamat Ulang Tahun Tun Dr Mahathir Mohamad!
Semoga Sihat Sejahtera.
I LOVE U! ! !
no harsh comments please. thansk
#093 BERSIH. huru hara malaysia 6
Saturday, July 9, 2011 micosey aku, bersih, duka, malaysia
proses dokumentasi sedang dijalankan - foto pdrm |
rawatan bagi penunjuk perasaan yg kurang sihat |
dokumentasi yang berjalan lancar dan selesa |
mereka ini adalah orang kuat BERSIH,namun mereka perosak kestabilan sosial dan ekonomi malaysia. |
tempat untuk tahanan bersih solat disediakan |
respons needed.. Chill yo!! :)
#091 BERSIH. huru hara malaysia 5
micosey aku, bersih, duka, malaysia
press conference |
Anwar ibrahim sedang bersedia |
respons needed.. Chill yo!! :)
#091 BERSIH. huru hara malaysia 4
micosey aku, bersih, duka, malaysia
::: Difahamkan kira-kira 3,000 penyokong Bersih berkumpul dalam beberapa kumpulan sekitar Masjid Jamek sebelum bersama-sama berarak ke Dataran Merdeka. Polis sedang berusaha menyuraikan mereka yang enggan mematuhi arahan bersurai :::
ANGGOTA polis menahan beberapa suspek yang dipercayai pelajar IPT cuba melarikan diri dengan masuk ke dalam stesen LRT berikutan BERSIH 2.0 di Kampung Baru hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail |
#090 BERSIH. huru hara malaysia 3
micosey aku, bersih, duka, malaysia
::: OPERASI POLIS PERHIMPUNAN 9 JULAI 2011: Jumlah tangkapan sehingga jam 1200 adalah seramai 441 orang. Daripada jumlah ini, 421 orang adalah lelaki dan 20 lagi adalah perempuan. :::
Penyokong bersih yang keluar daripada kawasan masjid |
FRU yg bersedia daripada semalam |
ANGGOTA polis menahan beberapa suspek yang dipercayai pelajar IPT cuba melarikan diri dengan masuk ke dalam stesen LRT berikutan BERSIH 2.0 di Kampung Baru hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail |
Gas pemedih mata dilepaskan |
respons needed.. Chill yo!! :)
Categories
Tweet.. Tweet..
Followers
Shout Here !!
Archives
-
▼
2011
-
►
August 2011
- #116 Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka
- #115 Khas buat Abg Fahkrul Razzi
- #114 Gambaran,Kenangan
- #113 Petanda Bahawa Dia Jodoh Kita
- #112 Pertama Kali Puasa Di Rantauan
- #111 Starbucks - Haram atau Halal ? - Jakim Jelaskan
- #110 Trip Yang Panjang & Meletihkan
- #109 Mana Antivirus Anda ?
- #108 Kempen - Jom Kibar
- #107 Pemangku Naib Canselor UNISEL
- #106 Ally Iskandar Sah putus tunang
- #105 Shahir af8 - Akan merubah apa2 ?
- #104 Shahir AF8 mahu berhenti jadi penyanyi ??
- #103 Amalan Sunat Ramadan
-
►
July 2011
- #102 Antara kesan Ramadan padaku
- #101 Cinta pada semua
- #0100 Semua Tentang Cinta
- #099 Kayak dan Kayak
- #098 Penyumbang Traffic aku!
- #097 Cabaran Hidup
- #096 Nisfu Syaaban . Apa itu ?
- #095 Hancur.Musnah.Roboh.Ranap
- #094 Selamat Ulang Tahun Tun
- #093 BERSIH. huru hara malaysia 6
- #091 BERSIH. huru hara malaysia 5
- #091 BERSIH. huru hara malaysia 4
- #090 BERSIH. huru hara malaysia 3
- #089 BERSIH. huru hara malaysia 2
-
►
August 2011