Pages

October 2010

#032 Manusia

Saturday, October 23, 2010 micosey , , , , , , , , ,

manusia
macam2 ragam kita boleh dapat..
kenapalah semua manusia..
hipokrit pada orang lain dan juga diri sendiri
ada yang kaya tapi kedekut
ytang miskin pula sangat pemurah
yang pandai tapi tak nak ajar orang lain
yang bodoh nak belajar gila2
jadi pernyataan manusia tidak sempurna itu dapat dibuktikan
namun,bagi saya,pernyataan melayu mudah lupa yang dibuat oleh che det kita memang bertepatan dengan melayu . kenapa ? kerana memang melayu mudah lupa.
bukan setakat melayu saja,tapi setiap manusia tidak mampu mengingati banyak perkara. sudah pasti manusia mudah lupa..

p/s : perasaan bengang sekarang ini,ada sorg kawan,kaya,anak orang berprofil tinggi,pandai,tapi menindas orang miskin lagi hina macam aku.


keep in touch~ :)

0

#031 SPM 2010 BM

Wednesday, October 6, 2010 micosey , , , , , ,



Sedikit hadiah kepada rakan-rakan SPM 2010. Tahun 2010 ialah tahun terakhir teks "Annyss Sophilea" digunakan untuk peperiksaan SPM untuk subjek Bahasa Melayu di bawah subtopik KOMSAS - Komponen Sastera. Saya terjumpa saya bentuk persembahan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar yang masih lagi tidak membaca teks sepenuhnya dan bergantung seratus peratus kepada buku rujukan untuk menghadapi SPM.

Saya juga bukanlah tukang ramal bahawa cerpen "Annyss Sophilea" bakal menjengah SPM 2010, tetapi setahu saya cerpen ini masih lagi belum dimasukkan ke dalam peperiksaan itu. Namun, saya lebih percaya bahawa membaca apa-apa teks itu mestilah kerana kita mahu menghayati teksnya dan bukanlah semata-mata untuk lulus periksa. Mungkin juga, "Annyss Sophilea" langsung tidak disoal sepanjang peperiksaan SPM sejak tahun 2000 - 2010.

Lantas, mungkin ada yang akan bertanya, mengapa perlu baca teks yang tidak akan diuji dalam peperiksaan? Jawapan saya : kerana membaca karya sastera itu haruslah sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi menghantar mesej yang lebih besar daripada SPM kepada pembacanya.

Analisis Cerpen Annys Sophillea (Nisah Haji Haron)

Sinopsis
Annyss Sophillea berkenalan dengan Akmal di bumi sewaktu mencari saudara kembarnya, Eyrique Etiqaz iaitu pewaris takhta Alstonia yang hilang. Semasa Annyss bertafakur di pusara ayah dan ibunya, Strenn, sepupunya muncul dan menyatakan keinginannya untuk menjadi raja Alstonia dan mengahwini Annyss. Dengan bantuan burung Inderawasih iaitu Eustary, Annyss ke sebuah rimba. Di sana, Akmal menemuinya lalu mereka mencari Eyrique. Mereka berjaya menemukan Erique. Rupa-rupanya Eyrique disembunyikan oelh Strenn. Akmal berjaya menikam Strenn tetapi dia turut merasai kesakitan tersebut kerana peraturan di Alstonia sedemikian. Annyss dan Eyrique berusaha untuk menyelamatkannya.

Tema
Perjuangan menentang kejahatan - Annyss Sophillea dan Akmal menentang Strenn yang ingin merampas takhta kerajaan Alstonia.

Persoalan
- Persahabatan yang murni antara penduduk dua planet yang berbeza
- Sikap tamak akan kuasa dan sanggup melakukan kezaliman akan membawa padah
- Persahabatan murni memerlukan pengorbanan
Watak dan Perwatakan
Annyss Sophillea
- Puteri dari Alstonia
- Mempunyai kuasa luar biasa
- Sepupu Strenn
- Lemah lembut
- Tegas
- Berani
Eyrique Etiqaz
- Saudara kembar Anyyss Sophillea
- Diculik oleh Strenn
- Mempunyai kuasa luar biasa
Strenn
- Sepupu Annyss
- Cuba merampas kuasa dan menduduki takhta Alstonia
- Zalim
- Tamak
- Memiliki kesaktian
Akmal
- Penduduk Bumi
- Sahabat baik Annyss
- Jujur
- Sanggup berkorban
- Berani
- Pintar
Latar
Latar Tempat
- Bumi tempat asal Akmal
- Rimba besar Alstonia
- Terowong rahsia tenpat Eryrique disembunyikan
- Pusara ayah dan ibu Annyss
Latar Masa
- Masa akan datang – futuristik
- 10 hari di planet Bumi bersamaan 1 hari di dimensi Alstonia

Latar Masyarakat
- Masyarakat di Bumi
- Masyarakat di angkasaraya
- Masyarakat yang mengamalkan kesaktian
- Masyarakat mengamalkan sikap bekerjasama tanpa mengira kedudukan

Nilai
- Keberanian – Annyss sanggup pergi ke merata-rata tempat untuk mencari kembarnya Erique
- Kegigihan – Annyss gigih mencari kembarnya walaupun mengahadapi banyak rintangan
- Kerjasama – Akmal datang ke Alstonia untuk menolong Annyss
- Pengorbanan – Akmal sanggup berkorban dengan bertindak membunuh Strenn walaupun tahu akan risikonya

Pengajaran
- Kita hendaklah berani berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mengahpuskan kezaliman
- Manusia digalakkan bekerjasama pada setiap masa bagi memastikan kemenangan dapat dicapai dalam setiap perjuangan
- Kita hendaklah sentiasa bersedia memberi bantuan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan


p/s : bertungkus lumus salin utk para pembaca. ; )

keep in touch~ :)

0

#030 Keliru

micosey , , , , ,

aku agak keliru
aku dah ada gf,namun terasa kekosongan
jiwa ini meronta-ronta mencari pengisian hati. ntah mengapa begini.
dulu aku beria-ia gilakan dia,tapi sekarang
tah lah....
guys,please help me solve this matter.. im in trouble
huhu
sesungguhnya cinta ini membebankan. ada susah.tak ada pun susah.
keep in touch~ :)

4

#029 Kaya Tapi Miskin

Tuesday, October 5, 2010 micosey , , , , , ,

sebenarnya. ada satu perkara disini. aku pelik kenapa hampir 75% rakan-rakanku yang boleh dikategorikan sebagai kaya,namun mereka ini tergolong dalam golongan yang kedekut.
MEREKA INI IBARAT MISKIN KEBAJIKAN. mereka tidak membantu rakan yang dalam kesusahan malah mengatakan yang mereka tiada wang walaupun terdapat beberapa keping wang RM 50 dalam dompet..
KENAPA ??
DUIT bukan persoalannya..tetapi SIKAP manusia itu sendiri yang mampu namun mungkin boleh dikatakan MALAS untuk menolong kawan.
bukan racisme,namun kawan yang mereka hendak tolong itu adalah daripada kaum yang sama ?
bagaimana kaum itu nak maju sedangkan kaum itu tidak membantu antara satu sama lain..
sikap keterbukaan ORANG KAYA perlu. ingatlah. KEKAYAAN yang anda DAPAT itu adalah daripada ALLAH.
NIKMAT ini boleh ditarik pada bila² masa apabila dikehendaki-Nya.
KAYA cuma di DUNIA,tapi kalau beginilah SIKAPnya,maka KITA pasti MISKIN di AKHIRAT kelak..



inilah yang aku maksudkan dengan KAYA TAPI MISKIN.
keep in touch~ :)

0

#028 DSLR

Sunday, October 3, 2010 micosey , , , ,


aku ni bukanlah orang yang mampu sangat. namun apa yang pasti,aku inginkan sebuah dslr.. aku pernah ada digital camera,namun fungsinya tak sama macam dslr.. huhuhu
seriously aku minat photography.camera ja tak da. sedih2.anybody here nak bantu aku ? :((
harga dslr bukannya murah. around RM2000 ++
pak aku tak nak belikan untuk aku.huhuu
sapa yang sudi tolong tu,reply la as comment kat sini.akanku contact dia. huhu

keep in touch~ :)

0

#027 Syawal 2010

Friday, October 1, 2010 micosey , , , , , ,

Sebaenarnya.. syawal tahun nie memberikan banyak makna padaku. walaupun padaku erti RAYA pada tahun ni agak hambar.. namun banyak perkara berlaku.. sedih,gembira.. segala-galanya...
GEMBIRA___---- lepas trial,aku dapat keputusan.. 6A,2C,1G.. perghh.. sah2 add math aku G.. tak pa.. aku bersyukur dapat result sebegitu..

SEDIH_____ ---- aku ditipu setelah membuat pembelian online.. aku dah bank in rm100.. dah report polis tapi harapan memang rendah. aku tarik balik report kerana tak nak mak bapak aku tau. sorry..

kemudian,pak ngah aku meninggal.. dalam minggu pertama RAYA.. aku begitu sedih.. sedih tak terkata.. banyak kenangan aku dan dia.. walaupun dia seorang yang agak pendiam.. semasa solat jenazah,aku menangis.. dia yang dulunya sihat... menghantar dan mengambil aku tuisyen dikala bapaku ada hal .. dah la pulang,dia belanja makan .. macam2 kenangan aku dgn dia.. aku begitu sedih.. mmg aku bukan anak dia tapi ntah.. hingga sekarang aku terasa kehilangannya.. aku menangis seorang diri.. malu jika adik2 mahupun orang lain nampka aku menangis kerana pak ngahku sedangkan aku rasa anak2 dia tak la menampakkan kesedihan mereka macam aku. rumah terbakar nampak asap,namun hati.. sapa yang tau kan.. itu lah.. aku rasa bersalah sangat,sehari sebelum beliau koma,aku tak pergi jenguk dia dengan bapa aku tapi aku online fb.. ntah lah. jiwaku kosong.. aku cuma rasa sedih . tak tahu nak gambarkan bagaimana lagi.. tiap amlam aku doakan dia. dia banyak melapangkan masanya di rumah aku setiap petang,bawa pisang goreng.. makan... tapi sekarang.. ?? aku rindu semua itu.. aku rindukan dia.. :((
namun ini adalah takdir yang telah ditentukan.. munkin ini terbvaik buatnya daripada di terus sakit di dunia.. aku masih belum dapat menerimanya setulus hati aku lagi.
PAK NGAH,SAYA SAYANGKAN PAK NGAH! T__T
Al-Fatihah. Semoga pak ngah ditemnpatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

honestly,saya menangis tika saya menaip post ini.maaf,tak dapat terus sambung.. T__T
keep in touch~ :)

0

« Previous Posts Next posts »

Related Posts with Thumbnails
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.