Pages
ramadan
#114 Gambaran,Kenangan
Wednesday, August 17, 2011 micosey aku, ramadan, suka, universiti, uthm
Sebenarnya aku agak sibuk dengan tugasan-tugasan yang diberikan. Bulan puasa ni agak sibuk lah bagi aku walaupun baru sekali latihan kayak diadakan.
Cuma agak sibuk apabila ada kelas hingga lewat petang dan bersedia untuk ke masjid berbuka beramai-ramai hampir setiap hari.
Dan aku juga turut diuji dalam bulan mulia ini dengan beberapa ujian yang amat perit.
Aku berharap agar aku dapat menjalani ujian tersebut dengan baik dan sabar.


#103 Amalan Sunat Ramadan
Wednesday, August 3, 2011 micosey akhirat, aku, pahala, puasa, ramadan


#102 Antara kesan Ramadan padaku
Wednesday, July 27, 2011 micosey aku, duka, ramadan, sedih
Ramadan,bulan yang mulia.
banyak iktibar yang boleh kita dapat ketika bulan ramadan.
baiklah,tak perlu aku berhujah panjang,cuma aku ingin tekankan pada satu perkara ini. hingga kini,aku masih rasa bersalah ,sedih .
aku pernah post sebelum ini,anda boleh lihat di SINI .
erm,sebenarnya, disebabkan keseronokan yang aku nakkan,aku lupa pak ngah aku yg terlantar sakit di hospital. pada mulanya tidak serius,namun disebabkan kejahilan aku,aku tak pergi melawat dia bersama bapaku dan adikku petang itu kerana aku hendak ke bazar ramadan dengan kawan2.
aku langsung tak melawat dia yang banyak berjasa pada aku!! kenapa aku begitu jahil ketika itu ??
dia yang telah pergi ,tak mungkin akan dapat kembali. tak mungkin aku dapat menjenguk dia lagi. beberapa hari dia terlantar di hospital pada bulan ramadan. aku cuma pernah pergi sekali ja. ! T_T
aku mengaku,rasa bersalah tetap terpahat dalam hati aku!
suatu ketika dulu,aku pernah ditimpa penyakit serius.
aku dibawa ke Kedah Medical Center oleh ibu bapa aku untuk rawatan pakar. penyakit aku ketika itu agak serius.
apabila aku pulang,pak ngah aku merupakan salah seorang yg ternanti nanti kepulangan aku untuk bertanya khabar.
malamnya pula,dia datang melawat lagi.
setiap petang,dia akan datang. malangnya,ketika dia sakit,aku tak ergi menjenguk dia. jarang-jarang sekali aku pergi hingga lah hembusan nafas yang terakhir.
aku sentiasa doakan agar dia sentiasa di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
aku terhutang budi dengannya. aku terlalu jahil hinggakan melebihkan keseronokan aku sendiri tanpa pergi menziarahnya yg mungkin menunggu kedatanganku!
maafkan saya pak ngah. :(
selepas pemergian beliau,aku rasa sangat bersalah.
dan melaluinya,aku belajar sesuatu. pentingkan orang yang mementingkan kita daripada mementingkan diri sendiri .
maaf,tak dapat aku sambung lagi entri ini.
Al-Fatihah .


#026 Nuzul Quran
Thursday, August 26, 2010 micosey agama, gembira, ramadan
Nuzul Al-Quran
Panduan
keep in touch~ :)


#023 Ramadan Serta Fadilat Tarawikh
Monday, August 23, 2010 micosey agama, baik, gembira, pahala, puasa, ramadan, renungan
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
- Berakal
- Akhir Baligh (Cukup umur)
- Kuat atau mampu mengerjakan puasa
- Islam
- Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
- Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
- Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
- Makan dan minum dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
- Keluar darah haid atau nifas
- Gila
- Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
- Orang yang sakit
- Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
- Orang tua yang sudah lemah
- Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.
- Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
- Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
- Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
- Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
- Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
- Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
- Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
- Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
- Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
- Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
- Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
- Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
- Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
- Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
- Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
- Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
- Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
- Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
- Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
- Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
- Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
- Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
- Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
- Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
- Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
keep in touch~ :)

