Pages

islam

#083 Kelebihan Al-Fatihah

Sunday, June 26, 2011 micosey , , , , , ,

  setelah pembacaan aku tadi berkaitan kelebihan al fatihah,jadi aku nak kongsi dengan semua.


Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa Al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Harus Mengambil Bayaran Di Atas Jampi Yang Menggunakan Ayat ayat Al Quran
Dan Zikir Zikir

respons needed.. Chill yo!! :)

0

#80 Islam Sekadar Nama ??

Tuesday, June 7, 2011 micosey , , , , ,


memang benar hadis rasulullah s.a.w..:

(pada permulaan islam telah datang dalam keadaan asing kemudian islam akan kembali asing..beruntunglah bagi orang yang asing....)

manusia di akhir zaman lebih membanggakan  adat dan budaya orang barat daripada budaya yang dibawa daripada nilai-nilai islam itu sendiri.

kerana itu nilai-nilai moral dalam diri semakin terhakis sehingga mereka lupa sama ada agama mereka islam ataupun kafir...

apa yang boleh di lihat pada zaman sekarang..

  1. hilang rasa hormat pada ulama'
  2. tidak mengikut ajaran al-quran dan as-sunnah
  3. budaya barat di banggakan
  4. anak luar nikah bertambah
  5.  jemaah di masjid semakin kurang

 banyak lagi masalah sosial yang membelenggu masyarakat di zaman ini..(seks bebas,pergaulan bebas)

adakah kita semua tahu bila kita akan mati??

adakah kita ada amalan yang akan menyelamatkan kita daripada api neraka....

TIDAK!!!

mungkin itu jawapan yang akan diberikan oleh anak-anak kita...

ISLAM membawa risalah yang benar...bukan untuk di permainkan

dalam dunia yang serba canggih...lebih kehadapan..perlu ada semangat yang tinggi untuk bergelar....


SYAHID di JALAN ALLAH....


semoga impian setiap manusia untuk masuk ke syurga ALLAH akan tercapai..

saya sekadar menulis untuk saling mengingatkan sesama kita saudara-saudara islam. saya juga tidak bukan seorang yang amat taat kepada agama,tetapi,saya akan berusaha menjadi lebih baik.


respons needed.. Chill yo!! :)

6

#064 Cerita Pedoman

Monday, March 14, 2011 micosey , , , , ,

Suatu hari, ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah lunglai. Oh, manakah hati yang belas kasihan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah merasa kasihan, lalu beliau pun pulang ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Setelah dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi uang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas ia tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi uang dan selembar kertas yang bertulis, "Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cobalah bermohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kemarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi uang dan selembar kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang ketika mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti kemarin juga, di dalam bungkusan itu tetap ada selembar kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak ridha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan, jangan berbuat demikian. Jika ingin senang, harus giat bekerja dan berusaha, karena kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan memperkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan do'a orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah, carilah segera pekerjaan, saya do'akan semoga berhasil."

Setelah dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insyaf dan sadar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak hari itu, sikapnya pun berubah mengikuti peraturan-peraturan hidup (Aturan Allah) dan tidak lagi melupakan nasihat orang yang memberikan nasihat itu.


Dalam Islam, tidak ada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajarkan kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita terhenti di tepi jalan. 

**apabila berkaitan hal agama atau perkara yang serius,aku akan menggunakan bahasa yang betul,tiada singkatan

2

#059 Anda Suka Atau Berduka ? ? ?

Thursday, February 17, 2011 micosey , , , , , ,

Rasanya ramai rakan-rakan adalah classmate atau rakan sepermainan kan? So,sure ramai yang ada nama panggilan yg diberikan sepanjang masa perkenalan kan ?? Persoalannya, adakah nama panggilan/gelaran yang diberikan pd korang tu korang suka or mmg benci sgt ngan nama tu tp org tetap panggil jugak?Sure nama-nama panggilan yang diberikan oleh kawan - kawan tu x byk yg elok pun,kebanyakkannye yg buruk2 ja dgn tujuan untuk memperolok-olokkan orang & just utk diorg happy je (terutamanya lelaki - perempuan sy xtau ade x kes gini,hehehe..give some comment please)...dan tradisinya berlanjutan bila korang pulak yg jadi memberi gelaran pada orang lain kan?ada  mcm2 nama yg direka..contohnya, ada sorg budak asal dr pengkalan kubur..then korg tau apa nama yg diorg create utk dia?budak yg selalu pakai songkok & slalu gi surau dipanggilnya 'mayat'...sbb asal dr pengkalan kubur,boleh gitu? merayu-rayu budak tu xnak dipanggil begitu tp semakin seronok pulak diorg jadinya...

Sebaiknya, henti-hentikanlah memanggil org lain dengan gelaran yang buruk dan tidak direstui oleh tuan punya diri...buat berdosa ja, mungkin korang suka dgn gelaran yg diberikan pd korang tp bg org yg x suke..setiap kali dipanggil dgn nama yg tak disukainya, seseorg tu akan berasa kecewa, sedih, tertekan & teraniaya. Sebelum lahirnya dia ke dunia lg, parent dia dah tercari-cari nama yg cukup indah & punya pengertian yang baik-baik kepada dia. Bila smpai satu masa, nama yg indah itu dilupakan & semua org lebih senang utk memanggilnya dengan gelaran yg langsung x disukainya dan x restuinya langsung...


Di dalam Al-Quran, Allah berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan),dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olokan). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (pangilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat : 11)

So, henti-hentikanlah memanggil org lain dengan gelaran or panggilan yang buruk sbb selalunya gelaran ni akan kekal jika tidak dihentikan dari awal. Sampaikan satu hari, org lebih ingat dengan nama gelaran tp lupa or x penah tau nama sebenar seseorg itu. Jangan melakukan sesuatu perbuatan yang tak baik atau menaniaya org lain kerana setiap perbuatan, baik ataupun buruk akan kembali pada diri pelaku sendiri sebagaimana firman Allah :

Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah, kerana Dia akan membalas suatu kaum sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan. Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan (Al-Jaatsiyah : 14-15)

"Sesungguhnya nama, panggilan & gelaran itu adalah satu doa, maka panggillah seseorg itu dengan nama, panggilan dan gelaran yang baik-baik"

respons needed.. Chill yo!! :)

5

#058 Selawat VS I Love U

Monday, February 14, 2011 micosey , , ,

Aku orang islam. for sure aku tak sambut vallentine.. sebab nabi pernah berkata "barangsiapa menyerupai suatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka. dalam video kat atas ni ustazah telah banyak menceritakan tentang vallentine. so anda semua pandai2 lah faham isi kandungannya!

esok 15/2/2011 merupakan tarikh untuk kita umat islam menyambut Maulidur Rasul... marilah kita beramai2 selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.




respons needed.. Chill yo!! :)

0

« Previous Posts

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.