Pages

February 2011

#062 Sudirman Haji Arshad dalam kenangan (25 Mei 1954-22 Februari 1992)

Tuesday, February 22, 2011 micosey , , , ,




JIKA tidak menyanyi insan ini mungkin menjadi seorang peguam. Tetapi, rezekinya bukan di bidang perundangan - membela orang yang memerlukan bantuannya. Takdirnya menjadi penghibur rakyat - menyampaikan mesej dalam bidang seni. Itulah Penghibur No Satu Asia - Sudirman Haji Arshad.
Sudirman anak pasangan Romlah Dahsln dsn Arshad Hassan selamat dilahirkan ke dunia pada hari Rabu, 12 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh Pahang. Sudirman adalah anak bongsu
daripada enam adik beradik. Saudaranya yang lain ialah Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini
Ayah dan ibunya bukan calang-calang orang.Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik. Dia pernah menjadi Ketua Wanita Umno Pahang Selatan dan wakil rakyat pertama bagi kawasan Temerloh pada 1955. Bapanya pula pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik
Zaman remaja Sudirman agak pilu apabila ibu tempatnya menumpang kasih meninggal dunia pada 1959 di usia muda 32 tahun kerana mengidap kanser. Pada waktu itu Sudirman baru berusia lima tahun. Bayangkan perasaannya yang masih kecil ditinggalkan ibu tercinta ketika baru hendak bernanja.
Bapanya kemudian bernikah dengan Mariam Mohammad. Kepada Mariamlah Sudirman dan adik beradiknya menumpang kasih sebagai ibu. Ayahnya kemudian menyusuli Romlah berpulang ke rahmatullah pada 1986.
Sudirman memulakan persekolahnya pada1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM (Institut Teknologi Mara kini Universiti Teknologi Mara) dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimanapun, dia menolak tawaran itu.
Pada 1976, Sudirman melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, dia masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya.
Pada 1980 Sudirman menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Pada 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
Pengiktirafan itu juga Sudirman digelar The Singing Lawyer
.
17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

17 tahun selepas kematiannya, pada 18 Jun 2009 secara rasminya beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima pengiktirafan itu dari Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang..

Habsah Hassan seorang penulis lirik ,"Saya amat terkilan kerana tidak sempat bercakap dengan sudir beberapa bulan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir kerana pengurursan yang baru ke atas sudir dan saya terasa hati dengan sudir,namun mengabaikannya. Lagu Salam terakhir siap 5 tahun sebelum sudir pergi dan lagu itu hanya popular setelah sudir pergi tinggalkan kita semua" 

antara gambar kenangan




kenangan salah seorang peminat dengan sudir        


tandatangan buat seorang peminat



              Habsah Hasan (private)
             
respons needed.. Chill yo!! :)

15

#061 Thinking of you :(

Monday, February 21, 2011 micosey , , ,


sebenarnya,susah nak melupakan seseorang yang pernah kita sayang
kan ?
namun,realiti kehidupan harus kita terima dengan reda dan kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dalam hidup ini.
dua perkara utama nak aku jadikan huraian hari ini ialah pemergian pak ngah aku.
begitu sedih dan terkilan akan pemergian allahyarham . tak pernah ku rasakan sebegini. sentiasa terkenangkan dia dan aku banyak mensedekahkan al fatihah kepadanya. dia pergi tinggalkan aku.
hari terakhir dia masih sedar,,aku tak pergi menjenguknya di hospital. esoknya pula aku nak melawat,dia telah tidak sedarkan diri sehingga akhir nafasnya.
mungkin sebab inilah aku sentiasa rasa bersalah akan kehilangannya  dan sentiasa terkenangkannya. dia memang baik dengan aku. tiap2 petang pasti dia akan datang ke rumah aku sembang2 dengan membawa pisang goreng.
dia juga banyak menasihati aku dalam banyak hal walaupun nasihat yang diberikan bukan secara terus tapi secara sinis. aku suka cara begitu,..
kini aku rindukan dia yang telah pergi buat selamanya. oleh kerana peristiwa ini,aku sentiasa berwaspada agar tidak berulang lagi,contohnya masa tok aku masuk ke wad,cepat2 aku ke hospital menjenguknya setelah diberitahu. aku tak nak hidup dalam penyesalan sebegini lagi.

perkara kedua pula ialah seseorang yang pernah menjadi idaman hati yang pergi meninggalkan aku.
tak perlu aku kisahkan kenapa dia tinggalkan aku keran sudah pasti akan menjadi isu sekiranya aku mendedahkannya,tapi tak mengapa...
dia dah anggap macam tu,dan tak perlu aku nak perbetulkannya hingga ke suatu masa yang sesuai kelak. biarlah dia benci aku sebagaimana sekarang,namun setelah dia ketahui kebenarannya,pasti meninggalkan impak yang besar dalam hidupnya. biarkan,aku cuba melupakan kau dalam hidupku ini.
pergilah kepada yang lebih baik,namun dalam sesuatu perhubungan kepercayaan dan kesetiaan yang paling pentig. juga tolak ansur. buka mata dan hati serta telinga untuk mendengar penjelasan,jangan hanya serkap jarang. perkara dah berlalu,tiada guna mengeluarkan air mata darah sekalipun. hatiku dah tertutup untuk mana2 perempuan dalam dunia ini sehingga aku benar2 dah bersedia . p/s : macam lah perempuan nakkan aku yang serba selekeh ini.


respons needed.. Chill yo!! :)

8

#060 Aku terpaksa Racist selepas ini. PCC 9291

Sunday, February 20, 2011 micosey , , ,

hari ini,hari yang kurang baik untukku...
dah la p karnival jom masuk U,jumpa si dia. nak tegoq segan takot orang x layan,so buat tataw aja lah
then aku balik p kerja. time kerja,tinggallah aku sorang jadi cashier kat mobil taman kemajuan sebab kawan aku p rehat. orang memang ramai time tu berbaris panjang. then ada la sorang abg ni beli barang dalam mart tapi x isi minyak. ada pulak cina yang mai maki aku sebab ambik orang yg beli barang. dia cakap "ini stesen minya jual minyak,kena dahulukan minyak bukan barang2 ni' then ada la bahasa2 kesat dia bagi aku. memang kurang ajaq cina tu./.. aku fuck hg woi!!
aku memang nak teriak dah time tu sebab malu depan orang ramai dia maki aku. tapi beberapa orang customer dok tenangkan aku,sabaq dan etc.
memang cina kurang ajaq!! dia pakai kereta PCC 9291!!! memang aku ban plate number ni!!!
respons needed.. Chill yo!! :)

6

#059 Anda Suka Atau Berduka ? ? ?

Thursday, February 17, 2011 micosey , , , , , ,

Rasanya ramai rakan-rakan adalah classmate atau rakan sepermainan kan? So,sure ramai yang ada nama panggilan yg diberikan sepanjang masa perkenalan kan ?? Persoalannya, adakah nama panggilan/gelaran yang diberikan pd korang tu korang suka or mmg benci sgt ngan nama tu tp org tetap panggil jugak?Sure nama-nama panggilan yang diberikan oleh kawan - kawan tu x byk yg elok pun,kebanyakkannye yg buruk2 ja dgn tujuan untuk memperolok-olokkan orang & just utk diorg happy je (terutamanya lelaki - perempuan sy xtau ade x kes gini,hehehe..give some comment please)...dan tradisinya berlanjutan bila korang pulak yg jadi memberi gelaran pada orang lain kan?ada  mcm2 nama yg direka..contohnya, ada sorg budak asal dr pengkalan kubur..then korg tau apa nama yg diorg create utk dia?budak yg selalu pakai songkok & slalu gi surau dipanggilnya 'mayat'...sbb asal dr pengkalan kubur,boleh gitu? merayu-rayu budak tu xnak dipanggil begitu tp semakin seronok pulak diorg jadinya...

Sebaiknya, henti-hentikanlah memanggil org lain dengan gelaran yang buruk dan tidak direstui oleh tuan punya diri...buat berdosa ja, mungkin korang suka dgn gelaran yg diberikan pd korang tp bg org yg x suke..setiap kali dipanggil dgn nama yg tak disukainya, seseorg tu akan berasa kecewa, sedih, tertekan & teraniaya. Sebelum lahirnya dia ke dunia lg, parent dia dah tercari-cari nama yg cukup indah & punya pengertian yang baik-baik kepada dia. Bila smpai satu masa, nama yg indah itu dilupakan & semua org lebih senang utk memanggilnya dengan gelaran yg langsung x disukainya dan x restuinya langsung...


Di dalam Al-Quran, Allah berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokan),dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olokan). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (pangilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat : 11)

So, henti-hentikanlah memanggil org lain dengan gelaran or panggilan yang buruk sbb selalunya gelaran ni akan kekal jika tidak dihentikan dari awal. Sampaikan satu hari, org lebih ingat dengan nama gelaran tp lupa or x penah tau nama sebenar seseorg itu. Jangan melakukan sesuatu perbuatan yang tak baik atau menaniaya org lain kerana setiap perbuatan, baik ataupun buruk akan kembali pada diri pelaku sendiri sebagaimana firman Allah :

Katakanlah (Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah, kerana Dia akan membalas suatu kaum sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan. Barangsiapa mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan (Al-Jaatsiyah : 14-15)

"Sesungguhnya nama, panggilan & gelaran itu adalah satu doa, maka panggillah seseorg itu dengan nama, panggilan dan gelaran yang baik-baik"

respons needed.. Chill yo!! :)

5

#058 Selawat VS I Love U

Monday, February 14, 2011 micosey , , ,

Aku orang islam. for sure aku tak sambut vallentine.. sebab nabi pernah berkata "barangsiapa menyerupai suatu kaum dia termasuk dalam golongan mereka. dalam video kat atas ni ustazah telah banyak menceritakan tentang vallentine. so anda semua pandai2 lah faham isi kandungannya!

esok 15/2/2011 merupakan tarikh untuk kita umat islam menyambut Maulidur Rasul... marilah kita beramai2 selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.




respons needed.. Chill yo!! :)

0

#057 KAMI BLOGGER UTAGHA

micosey , , , ,

pusing punya pusing dan pusing,jumpa blog neh! http://nurrcahaya.blogspot.com/2011/01/kami-blogger-utagha.html

hahah terbaik dan aku terus buat entry ni dan join group nih.  aku kan blogger  PERLIS!! harap semua blogger dapat sokong aku terutama blogger dari utara!! :)hahaha
harap hampa smua dapat etrima aku di sini! :)

respons needed.. Chill yo!! :)

5

#056 HATI

Sunday, February 13, 2011 micosey , , ,

HATI
satu perkataan yang memberi sejuta makna. 
hati selalunya berkaitan dengan perasaan dan kasih sayang.
untuk orang yang "couple" hati merupakan perkara utama yang harus dijaga antara satu sama lain.
bukan orang yang dalam percintaan ja ada hati,kita yang solo ini pun ada juga hati
baiklah,biarkan aku straight to da point.
sebenarnya ada beberapa perkara yang telah mengguris hati aku. (kalau lah betul hati ini terguris oleh sebilah pisau yang tajam,anda bayangkan betapa sakitnya hati ini)
erm... biasalah orang yang solo  macam aku ni,pasti akan terasa hati dengan tak lain dan tak bukan kawan2 aku. ahha
erm. kawan,walaupun dah lama kau kenal aku,namun kau hanya kenal aku pada zahirnya saja. apakah erti kawan pada kau,kawan ??
ada dua perkara yang telah mengecewakan aku pada kali ini semuanya datang daripada kawan.

PERTAMA :   seorang kawan aku invite la buat something,then once aku dah ready,dia buat macam tak tau ja. ada lagi kawan2 yang lain,tapi kau jangan la invite aku kalau aku x berguna dalam hal kau itu. menyakitkan hati saja apabila kau ignore aku

KEDUA : seorang kawan telah memerli aku seolah-olah aku ni seorang yang suka bawak cerita. haha! ada aku kesah ? fine aku seorang yang suka bawak mulut ! suka bercerita pasal orang lain. hello!! kalau pasal kawan baik kau,sure kau cakap macam tu kan. tapi kalau kau tanya pasal hal orang lain,kau x cakap aku bawak mulut tapi kau puji2 aku!! kawan jenis apa kau ni ?!

sudahlah,tiada maknanya aku meneruskan penulisan entry kali ini kerana aku musykil blog ini akan menjadi tempat aku "BAWAK MULUT". 

aku terpaksan menjadi hipokrit terhadap "kawan" aku yang terlibat ni.




respons needed.. Chill yo!! :)

0

#054 Pertunangan Hilmi dan Nawal

Tuesday, February 8, 2011 micosey , , , , ,

dari kiri,makngah aku a.k.a mak hilmi (bangmi),bangmi,kak nawal
Tanggal 5 Februari 2011 menjadi antara tarikh keramat bagi mereka berdua iaitu hilmi dan nawal. hilmi ni cousin aku.bertunang dengan nawal... sesungguhnya family nawal nampak macam berada,berdasarkan pemerhatian aku terhadap rumah mereka semasa kunjungan meminang..
rombongan meminang dari perlis datang seawal 3 Februari dan rumah mak lang aku di gombak menjadi satu persinggahan sebelum kami pergi ke putrajaya dimana terletaknya rumah kak nawal. hehe (panggil kak lebih sopan) ;p
0915-bertolak daripada gombak ke PICC (tempat berkumpul)
1025-bertolak ke rumah keluarga perempuan
1040-tiba di rumah keluarga perempuan dan majlis pertunangan bermula
1115-makan makan
1205-bertolak balik
p/s : anggaran perjalanan majlis.


boleh tahan jugak la gambar yang aku snap kat sana. so,tengok,jangan tak tengok..
kisah mereka dikhabarkan bermula pada zaman belajar agi iaitu semasa di uitm.(tak tahu tahun bila )
dalam kegembiraan menyambut ahli baru dalam keluarga kami,terselit kedukaan dalam hati setiap orang(aku pasti) walaupun tidak ditunjukkan oleh sesiapa pun.
pak ngah aku (ayah kepada hilmi) tak sempat menerima menantu sulung daripada hilmi (bang mi). aku sedih  mengenangkan pak ngah aku yg dah pergi buat selama-lamanya. :(
aku juga sedih bang mi bertunang tanpa bapanya. (maaf ,tak nak ulas lebih panjang supaya mata ini tidak banyak mengeluarkan air)
pembawa hantaran ;p
kegembiraan jelas terpancar!! ;p  inilah kak nawal. 
sesi penyarungan cincin


ini bang mi
ini...... hahah.. model .. xD -bgazri

bila pulak aku nak bertunang nie ? -bangchik
tekun mendengar pantun.. pantun?? haha
dari kiri,wami (jurucakap pihak lelaki),ayah kepada kak nawal
control...control.. 

Welcome To the Family! hugaaa! 
 
 untuk lebih gambar,sila kunjungi ALBUM HELMI VS NAWAL di FACEBOOK saya.


respons needed.. Chill yo!! :)

3

« Previous Posts Next posts »

Related Posts with Thumbnails
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.