Pages

#105 Shahir af8 - Akan merubah apa2 ?

Thursday, August 4, 2011 micosey , , ,


 Kami penyokong industri muzik mengharapkan Shahir berfikir dahulu serta mendapatkan nasihat daripada rakan2 artis yang otai.. sesungguhnya keputusan ini akan membuat peminat shahir kesedihan. saya juga meminati satu lagu shahir iaitu kebahagiaan dalam perpisahan. amat bermakna butir butir lirik kena dengan melodinya yang menghanyutkan jiwa saya terkenang kembali kisah lalu.
fikirlah kembali shahir! :)





Penyanyi yang diangkat sebagai Juara Akademi Fantasia 8, Shahir menyatakan hasratnya untuk mengundurkan diri dari dunia seni kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.




Baru mempertaruhkan beberapa single antaranya Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Luar Biasa, penyanyi yang turut dikaitkan memiliki hubungan cinta dengan pelakon Rozita Che Wan sudah tidak tahan dengan dugaan bergelar anak seni.

Kalau Shahir AF8 berhenti menyanyi, adakah keputusan tersebut akan mengubah senario industri muzik tempatan? Tidak sama sekali. Lagipun dia turut menyatakan hasratnya untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti keagamaan mengikut jejak langkah Sham Kamikaze. Bukankah keputusan Shahir itu sesuatu yang lebih baik jika difikirkan dengan lebih mendalam. Mengapa harus dihalang hasrat murninya itu?
Untuk bergelar anak seni yang sejati bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap insan yang memilih untuk terlibat di jalan ini harus memiliki sifat yang cekal dan tabah untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran.

Di dalam suasana industri yang sukar untuk diramal ini,  nasib seseorang artis itu juga mengalami nasib yang sama. Namun, ketabahan dan kecekalan untuk terus mengharungi rintangan perlu ada dan ditanam dalam diri mereka.

Harus diingat, penyanyi-penyanyi yang terlebih dahulu makan garam telah melalui pelbagai cabaran, malah lebih hebat dari apa yang dilalui oleh Shahir. Dato' Siti Nurhaliza umpamanya, diduga dengan email layang yang telah merosakkan reputasinya sebagai seorang anak seni. Begitu juga dengan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee yang di sisa-sisa kehidupannya dipinggirkan karyanya. Namun itu bukan penghalang untuk karya seni mereka terus dinikmati hingga sekarang.

Jadi, ingatlah Shahir. Kalau Shahir berhenti menyanyi, adakah ia akan merubah apa-apa.


*dipetik daripada GUA.COM.MY . untuk lebih bacaan,sila ke sana~ :)



respons needed.. Chill yo!! :)

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.