Pages

2010

#045 Selamat Datang 2011,Selamat Tinggal 2010

Friday, December 31, 2010 micosey , , , ,

Sebenarnya,banyak kisah pahit di 2010 yang perlu aku tinggalkan.
2011 merupakan tahun baru bagi aku untuk memulakan hidup sebagai seorang mahasiswa (sekiranya aku berjaya dalam spm)
bermacam-macam kes suka duka lahir dalam 2010.
segala kesilapan aku pada rakan-rakan aku,aku mohon maaf sangat2. harap2 korang semua maafkan aku

pada tahun 2010 jugalah aku break dengan gf aku.
dia tidak pernah mempercayai aku. asyik kata aku curang dan macam2 lagi. ya memang aku pernah "nakal" suatu masa dulu dengan orang lain namun semua itu sebelum kita couple.
benci aku pada kawan2 dia kerana mereka yang sibuk2 nak serang aku.

aku masih sayangkan dia. namun dia tidak mengerti. biarkan dia membenci aku dan hidup bahagia bersama rakan-rakannya.
cuma ingin aku nasihatkan disini pada anda semua janganlah korang amsuk campur hal couple kawan2 korang.
itu hal peribadi
apa nak jadi,jadi lah. tak perlu nak serang2 kalau diorang break or etc. selalunya lelaki yang akan kena kalau satu-satu pasangan itu break.
biarlah. dah memang fitrah hidup di dunia perempuan dianggap lemah jadi mangsanya for sure lelaki.
sabar saja lah.

kepada kawan2 aku juga,thanks pada yang always support or tak support ke.. anda kawan aku! for sure aku appreciate korang semua as friend! aku tak kisah kalau korang benci aku. AKU TETAP AKU

Aku cuma berharap 2011 akan menjadi tahun yang lebih baik pada aku. dan aku akan menjadi lebih baik! : )
maafla kalau blog aku ni ejnis hentam2 orang tapi,inilah blog bagi aku!

respons needed.. Chill yo!! :)

0

#044 Malaysia Indonesia AFF!!

Monday, December 27, 2010 micosey , , ,

EPISOD malam tadi lebih terarah kepada cerita sang Garuda bagai patah sayap dan pulang dengan mimpi ngeri apabila Harimau Malaya mengganas ketika Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi saksi skuad negara tampil gah membaham musuh tradisi, Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala Suzuki AFF.

Kemenangan penting itu meletakkan skuad bimbingan K Rajagobal di ambang lakaran sejarah untuk menjuarai piala berprestij itu buat julung kali biarpun perlu mengharungi 90 minit lagi baki permainan apabila bertandang di Gelora Bung Karno, Rabu ini.

Mohd Safee Sali sekali lagi meledak dengan dua gol pada minit ke-60 dan 72 - sekali gus mengulangi sentuhan tajam ketika membantu Malaysia menundukkan Vietnam 2-0 dalam pusingan pertama separuh akhir yang lalu. 

Satu lagi gol disumbangkan oleh pemain gantian Mohd Ashari Samsudin yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal pada minit ke-68. 

Apapun, malam tadi harus dirumuskan tuah pengantin baru, Norshahrul Idlan Talaha yang pulang ke Kota Bharu, sehari sebelum perlawanan untuk bersanding apabila mencipta dua gerakan menarik untuk membolehkan Safee dan Mohd Ashari merobek gawang lawan. 

“Norshahrul memang seorang pemain yang istimewa,” kata Rajagobal yang harus tidak menafikan betapa penyerang Kelantan itu menjadi arkitek merencanakan dua gol pertama pasukan tuan rumah yang membuka laluan melakar kemenangan besar penuh bermakna. 
Dengan wajah riang pengendali yang kian memikat hati peminat tanah air ketika ini menambah: “Saya juga perlu mengucapkan tahniah kepada setiap pemain kerana persembahan bak wira untuk negara.” 


*beberapa quotation daripada bharian online. ;)

respons needed.. Chill yo!! :)

0

#043 Negara lain pun ada ketuanan mereka

Wednesday, December 22, 2010 micosey , , ,

Berdasarkan research di google,ini yang saya dapat. sedikit sebanyak boleh membantu anda. 
Semua bangsa yang berdaulat tetap mempertahankan ketuanan bangsa mereka. Musuh bangsa atau bangsa yang lemah yang mudah ditipu sahaja tidak mengenali kebenaran dan ketuanan bangsa mereka. Malah bangsa yang menentang bangsa sendiri tidak sedar mereka adalah pengkhianat dan agen tak rasmi bagi suara musuh yang licik penuh tipuhelah.
Bangsa Jepun tetap menjadikan Jepun sebagai supremacy dan kecintaan kepada bangsa dan tanah air mereka terus sampai sekarang, itulah punca keyakinan, sikap kreatif, perjuangan, membangunkan negara dan keberanian mereka dalam peperangan dan perniagaan. tiada musuh atau bangsa lain berani mencabar ketuanan Jepun di dalam negara mereka.
Bangsa English telah mewariskan generasi mereka sejarah dan nasihat berguna untuk generasi bangsa english mereka, mereka dalam kesetiaan dan kebanggaan bangsa dan bahasa yang sangat tinggi.
hari ini masyarakat dunia mengiktiraf bahasa dan bangsa english sebagai hebat. syarikat multinasional english menguasai dunia, kita orang bukan english juga sangat mahir dalam sastera dan bahasa english.
Oleh yang demikian kenapa pula isu ketuanan Melayu dikritik sedangkan ketuanan Jepun, Korea, China, India, English, Norwegian, Spanish dll tidak berani dicabar secara terbuka dinegara mereka?
Isu bangsa adalah relevan sebagaimana bangsa Jepun di Jepun dan Bangsa English di England Korea di Korea Bangsa Cina di China/Taiwan dan Singapore. India di India. Bangsa Thai diThailand, Bangsa Melayu di Malaysia atau nama lamanya Persekutuan tanah Melayu.
Semua negara bangsa di dunia adalah berhak untuk bangsa mereka.sebagai tuan dan pemimpin. orang England, Norwegian, Danish, Spanish, Yahudi, Thailand, Orang India dan orang china di negara mereka tetap merupakan tuan bagi tanahair mereka,
saudara-saudari sekalian sekarang zaman moden sofisticated, Isu bangsa adalah perkara dan undang-undang semulajadi manusia.
dalam al quran ada menyebut penciptaan manusia dan bangsa-bangsa sebagai satu tujuan untuk berkenalan.
hadis nabi juga menjelaskan tentang kewujudan dan ketuanan bangsa arab dan bangsa yahudi sebagai satu kewujudan semulajadi. bukan untuk dikonflikan.
Yang patut kita timbulkan dan perbincangkan adalah isu menegakan kebenaran, kebajikan, ketaqwaan, kecekapan, hak, keadilan, banteras penyelewengan bukan isu bangsa.
bukan semua bangsa cina jahat dan penipu, bukan semua bangsa india pembelit dan bengis dan begitu juga bukan semua bangsa melayu rasuah dan lemah.
janganlah para pemimpin politik ghairah nak mempertikaikan ketuanan bangsa melayu- KERANA ia melibatkan perlembagaan - raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, hak istemewa, tanah rezab, seolah mereka lupa mereka berada dibawah ketuanan raja melayu sebagai raja berpelembagaan, bahasa melayu, hak istimewa melayu yang tercatat dalam perlembagaan negara,
BERHENTILAH DAN FIKIRLAH BANYAK MANA PELUANG, PEKERJAAN, KEKAYAAN DARI BARANGAN YANG BANGSA-BANGSA LAIN PEROLEHI DI SEBABKAN OLEH PEMBELI DAN PENGUNA BANGSA MELAYU YANG MEMBELI DIKEDAI DAN MEMBELI RUMAH YANG DIBINA OLEH BANGSA CINA.
PERTIKAIAN ISU INI BOLEH MENYEBABKAN MENINGKATNYA PERASAAN BENCI DAN MARAH BANGSA MELAYU KEPADA PEMIMPIN POLITIK BERBANGSA LAIN.
OLEH ITU SEGALA USAHA PERPADUAN PERLU DITERUSKAN OLEH BANGSA CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN BUKAN SAHAJA BANGSA MELAYU. BUKTIKAN KESETIAAN ANDA SEBAGAI WARGANEGARA!!
selama ini tiada seorang bukan melayu seperti orang cina, india, arab, jepun, korea, english,norway, amerika, swiss, german, dan lain bangsa tidak mendapat layanan sebagai rakyat malaysia sekiranya mereka rakyat Malaysia.. malah mereka memiliki hartanah, kekayaan, perniagaan, pekerjaan, rawatan kesihatan, pendidikan, kenderaan, melabur dan memiliki pelbagai kelebihan sebagai rakyat Malaysia.



respons needed.. Chill yo!! :)

0

#042 Ketuanan Melayu

micosey , , , ,

Saya ingin membuka minda orang melayu agar bumi yang dipijak ini (tanah air tercinta) tidak tergadai dek kerana politik. Berdasarkan research saya menggunakan google~


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.
Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.
Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro’.
Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.
Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi ‘hamba’ kepada siapa.
Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.
Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.

Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.
Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.
Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur danberalah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.
Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.
Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.
Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.
Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.


respons needed.. Chill yo!! :)

0

#041 Review Tron

micosey , , ,


Tron: Legacy Review



cerita ni aku tengok lepas aku tengok movie
aku masih dara
cerita ni pasal Kevin Flynn ayah kepada Sam Flynn
hilang masuk di dalam dunia grid,
dunia lebih kurang macam dunia digital lah
jadi si sam ni pun mencarilah ayah die
dan telah termasuk ke dalam dunia grid
secara x sengaja selepas Alan kawan Kevin
memberikan sam kunci kedai game arked milik keluarga Flynn
lepas die masuk dalam dunia tuh
secara tidak sengaja die terpaksa
masuk game dimana dia kena lawan
dengan program dalam dunia tuh iaitu lawan cd
dan lepas tuh die berjumpa lah dengan ayah die dalam
dunia grid tuh iaitu CLU,
tapi clu ni sebenarnya bukanlah ayah dia
lepas tuh die dipaksa pulak lawan motor
dalam dunia tuh tapi diselamatkan oleh
Quorra lalu dibawah ke tempat ayah sebenar sam
sembunyi, jadi dekat situ kevin pun menceritakanlah
macam mana dia boleh tersangkut dekat dunia grid
dan untuk pulang ke dunia realiti hanya ada 1 cara saja
iaitu pergi ke platform, platform hanya dibuka selama 8jam
setelah org dari dunia luar masuk dunia grid
si sam dah masuk dunia grid, jadi lepas
dari tu la die mulakan perjalanan
untuk pergi ke platform
Sam, Kevin dan Quorra berjaya
sampai ke platform untuk kembali
ke dunia realiti. tapi
faham2 je lah ape yang jadikan
aku malas nak cerita nanti x best plak
overall cerita ni memang best, cantik
kalau tengok 3D pun cantik jugaklah
dengan pakaian diorang menyala2
lepas tuh teknologi kenderaan mereka cool gile
cuma ending dia aku rasa kureng best sikit
sebab aku senang agak macam mana ending movie ni
dan ape yang aku sangkakan memang jadi realiti pun


responses needed.. Chill yo!! :)

2

#040 Review Aku Masih Dara

micosey , , ,


Aku Masih Dara,


ok cerita pasal 3 orang gadis
Alisya (Yana), Sufia (Raja Farah) dan Hani (Diana Amir)
kire diorang ni BFF
Best Friend Forever
diorang ni kaki clubing la jugak
pergi clubbing je minum
si hani pulak, sambil minum layan pil
supplier pil die Zekry (Farid Kamil)
pada suatu hari sepupu alisya iaitu
Firdaus (Asyraff Muslim) datang ke rumah
Alisya atas permintaan Mak Ayah
Alisya supaya si firdaus ni dapat
didik alisya jadi budak yang baik gituuu
lepas itu, ada 1 masa si aliysa nak keluar
pergi bukit bintang, jadi si firdaus nak ikut,
tapi alisya tak nak bawak tapi
dipaksa oleh ayah dia supaya
bawak firdaus pergi sekali
then berjumpalah mereka di bukit bintang gloria jean’s
lepas tuh firdaus diperkenalkan oleh kawan2 alisya
1 hari rabu malam khamis, firdaus nak alisya
lepak kopitiam, tapi mak alisya kate
die dah tidur, rabu malam khamis je mesti tidur awal
jadi firaus pun keluar la sorang2 nak pergi kopitiam
tetiba terserempak alisya tengah tunggu kawan2
dekat bus stand. kantoi la sudah disitu
nak tak nak alisya kena bawak firdaus pergi
party gadis tanpa dara, sampai sane je
si alisya dan hani pergi menari-nari
tapi si sufia xnak menari
die lepak setable dengan firdaus
kat situ firdaus nasihatkan sikit si sufia
esoknya plak, sufia datang rumah alisya
masa tuh plak firdaus tengah baca al-quran
sufia terdengar dan die terasa begitu tenang sekali
balik rumah je die tanya mak die samada ada al-quran
tak kat rumah, mak kate ada, bila die bukak je
al-quran die rasa sedih sgt sebab xpandai baca
die call firdaus mintak firdaus ajar die baca al-quran
so dekat situ bermula lah kisah sufia nak insaf
sampai nak ikut firdaus balik kampung belajar agama islam
tapi kawan2 die hani dan alisya tentang sekeras2nya
sampai diorang bergaduh
jadi dekat kampung sufia belajar la agama dengan family firdaus
dekat KL pulak, si hani dan alisya pergi ke private party
dekat rumah zekry di mana pada malam tuh si alisya
hilang dara dan takut mengandung
lantas die pun baliklah kampung jumpe sufia cerita hal sebenar
demi menutup aib alisya, alisya nak kawen dengan firdaus
sebab die ingat die mengandung.
hal ini menyebabkan sufia terpaksa korbankan cinta untuk kawan die
si alisya itu. ye lah, awek tuh dah syg firdaus nak kawen dah pun
tetiba si alisya plak wat taik die plak kene korban cinta
jadi sufia nak pulang ke kl si hani mintak
sufia pas kan pil zekry die terambil pil tuh
masa malam party private tuh.
tapi sufia buang pil tuh
jumpa zekry. dia bagi duit dekat zekry
dan mintak zekry jgn kacau kawan2 die lagi
tp zekry tak puas hati, mintak sufia bwk
die jumpe hani dekat kampung firdaus
dekat sini la terjadinya aksi tikam menikam
yang mana si firdaus kena tikam dengan zekry
lepas tuh………….faham2 jelah

lepas peristiwa itu, sufia terus belajar agama,
si hani pulak pergi masuk pusat pemulihan akhlak
dan alisya still x insaf lagi..
the end..
overall cite nih ok la jugak..
ada lawak jugakla dalam cite nih
dan cite ni lebih kurang macam
syurga cinta lah jugak kan..


responses needed.. Chill yo!! :)

0

#039 Review Hantu Kak Limah Balik Kampung

micosey , , , ,


aku g tengok movie nie aritu dengan kawan aku. ni la sedikit review daripada aku

ok,cerita pasal Husin
telah pulang ke kampung pisang
daripada singapura selepas
3 tahun meninggalkan kampung pisang
demi mengukuhkan kewangan dia
untuk berkahwin dengan anak
pakcik jabit iaitu Che’Nin
dalam kepulangan husin ke kampung pisang
Kak Limah jiran husin nih dah jadi hantu
sebab husin tegur pun buat dekk je..
malam pertama husin tidur dekat rumah die sendiri
pun die kene kaco dekat hantu kak limah
mau berlari dia..
husin lari ke gerai pak jabit,
lepas tuh ceritakan dekat orang2 gerai tuh
kak limah jadi hantu.
lepas tuh orang2 kampung pun panggil la
macam2 bomoh untuk hapuskan hantu kak limah
dalam keadaan sibuk dengan hantu kak limah
husin ni cuba tackle balik bekas tunang die Che’Nin tuh
sampai lah suatu masa mereka buat mesyuarat 1 kampung
nak hapuskan hantu kak limah.
si usop tangan menari2 tuh cadangkan bakar rumah kak limah
jadi ramailah setuju nak bakar rumah kak limah
tapi si husin ni macam menghalang mereka
sampai lah anak kak limah datang cari mak dia
untuk bawak mak die masuk balik hospital gila
rupa-rupanya kak limah tuh gila….(tak best ending macam nie)
si husin plak tidak kesampaian untuk pikat semula
Che’Nin sebab Che’Nin sebenarnya dah mati.
selama ni husin nampak roh dia je..
tapi ada 1 gadis misteri bernama ayu
minat dekat husin. tapi ayu ni pun
hantu jugak sebab ending cerita ni tunjuk si ayu terbang
habis dah!!!!
overall cerita nih kelakar gile jugaklah
lawak dia berselang-selang
tapi sekali dah tunjuk lawak dia.
aku komfom penonton akan gelak
untuk 1 tempoh masa yang agak lama
mungkin 1-3 minit..
xrugi kalau tengok dengan family
kawan2, kapel dan sorang2..
hahaha..



responses needed.. Chill yo!! :)

0

#038 Thanks Abang Adam

micosey , , ,


Thanks so much abang adam kerana sudi bantu saya letakkan nuffnang nie.hehhe
saya cari code tak jumpa,. xD
namun,abang adam mempunyai blog yang cantik! sure traffic tinggi kan . credit untuk abang adam.sesapa yang hendak membeli hosting,bolehlah contact abang adam seperti tertera pada blognya di www.adamroslan.com


keep in touch~ :)

0

#37 Hari ini 18/12/2010

Saturday, December 18, 2010 micosey , , , , , ,

ok. hari ini pelik sikit.
tido depan tv pukul 2 pagi. then 7 pagi amku aku dah bangunkan. aduhh
haha
ok. sambung tidur dalam bilik.
9 pagi ada orng datang. bangun tengok pak long aku. ok. sembang/
then ,pak aku suruh mesin rumput di sawah. k. aku p. balik letih gila.. aduhh..
lepas tu pak aku keluar tengok rumah sewa.
ada sebijik keta pak long aku simpan dalam rumah sebab haritu dia buat kenduri,tak ada tempat nak park,so sampai sekarang ada kat rumah aku. haha
aku pun start kereta main la reverse and forward. tak kuar daripada kawasan parking umah aku pun. hehe
aku mula berani buat macam tu apabila cousin aku named safr a,k,a bang chik bagi aku drive satria neo milik cousin aku atas jalan raya pegi kedai!!yeehaaA!! thanks bang chik! love u! hehe
itulah first time aku drive on the road. walla..
best kot.. hehehe

keep in touch~ :)

0

#036

Friday, December 17, 2010 micosey , , ,

Siapa
yang tak pernah menangis,
dihujung setiap ketawa dan lupa
siapakah di antara kita
yang memalingkan muka
ketika mendengar kalimah tuhan

banyak bakti yang dapat diberi
sepanjang hidup yang sesingkat ini
lautan manusia
berombakkan nafsu
kebenaran terdampar di pantai kecewa

airmata seperti mutiara
apakah itu rasa keinsafan
rintihan dari hati yang rindu
apakah itu
hakikat cintamu

siapa yang tak pernah menangis
dihujung setiap ketawa dan lupa
sipakah diantara kita
yang memalingkan muka
ketika mendengar kalimah tuhan

banyak bakti yang dapat diberi
sepanjang hidup yang sesingkat ini
lautan manusia
berombakkan nafsu
kebenaran terdampar dipantai kecewa

airmata seperti mutiara
apakah itu rasa keinsafan
rintihan dari hati yang rindu
apakah itu hakikat cintamu

deeply from my heart~! T_T

keep in touch~ :)

0

#035 Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM 2010 )

Thursday, December 16, 2010 micosey , , ,

Tanggal 16 Disember 2010,berakhirlah hidup aku sebagai seorang calon SPM 2010~!
wah! lega rasanya. paper terakhir pada hari ini adalah teknologi kejuruteraan.
gila. susah punya soalan. dahsyat!
tapi xpa,aku tetap berusaha untuk mencapai kejayaan . hehe
bagus jugak aku ni.. heheh
sekarang aku plan nak keja,tapi xdak keja. :((
ada sesapa boleh suggest aku kerja tak ? thanks. ;)
keep in touch~ :)

0

#034 R.I.P Alviss Kong, Stupidity in LOVE kill people~

Friday, December 10, 2010 micosey , , , , ,

Stupidity in LOVE kill people~








**google translator from china press..


The second case revealed commit suicide face book
Youth suicide last face book
Friends missed opportunity not immediately stop
09-12-2010 16:20



Special Report! Junior (Alviss Kong) unbearable feelings hurt hit home jump from the floor and, in the hospital died after emergency treatment, but committed suicide before he had left a suicide note written in the face, also his last jump, however, friends do not pay attention, though there are also some friends tried to comfort, but still can not prevent this tragedy from happening.

The boy was 2 at midnight, in Cheras (cheras ketumbar height) of the home committed suicide, according to its last words, I believe that he could not accept his girlfriend broke up with Xu Xing blow spur of the moment and then committed suicide.

However, Alviss Kong before committing suicide, but had to leave a message on face book, including jumping off a building 45 minutes before the countdown, but also a message to ask: "This is what should I do 45 minutes?" The book in his face on the message, including final jump, the put the final message: "Sorry I love the family, take care!"

According to his sister and face book friends confirmed that he did jump from the home, and in the National University Hospital after emergency treatment and died, friends were also introduced in the face book I wish he rest in peace.

Alviss Kong in the face of the book's last words to express his love to his girlfriend's feelings Xu Xing is not the separation between the homes with his girlfriend, both of whom last met in the cinema, followed her home after his girlfriend refused to youth, so that Junior dealt a heavy blow.

Alviss Kong's suicide note content, road to make his girlfriend's love, following a suicide note in the Chinese version:
Question: You gave me the merciless ... tremendous lack of heart
"Xu Mingbin
In your world ... What is love?
I threw everything to save you .... but you can be ruthlessly pushed me again and again
You say you love me .. you said you did not ... you just do not want a change .... no matter how I do not want to do the ... .. is not a
Desperate ... you really gave me a tremendous lack of heart to break his
Silly, right ..? I feel stupid ... I said i love u. .. i said it i meant it ... i'll love u till the moment i die
Now I have to say ... I want to help himself to be a break
.. But not completely because you are in my world ... .. and you really only love is my favorite person
Thank you for today .... in the cinema in the last memories of your subjects to embrace it all .. I think the feeling is coming back
Just did not think ... .. you still stick to the last decision you
You've changed ... you said you still love me ... but I find that you do not feel love with them
I can not afford ... love ... love .. I have two myself as do not know what to get ...
I regret that .... since the last day .. and you do not the opportunity to send you home to me ... Forget it ...
The future will no longer have this opportunity because when you read these ..... .. I have passed away after
Love you .. but .. I can not understand this with you in 4 months ... is the happiest of my life
Let me be your timeless ...."



Alviss Kong is also testament to its English version of his girlfriend's love manifest, including the requirement not to blame the family, his girlfriend, saying his decision was made, but also to promote the future of his girlfriend not to hurt her boyfriend. The Alviss also face their final book contains photos, a picture he burst into tears as he left the earth before the last photo. (Right)

The first case involved the same boy who have committed suicide inside the carbon around the bottom their own lives
This is not the face of the first book in the notice of suicide cases, there is a case of earlier also, but the two cases could not immediately stop the tragedy.

19-year-old Penang-related events College students are left face book "rest" after the word commit suicide. He also in the car because of emotional problems and commit suicide, the deceased to commit suicide two weeks before, the book has revealed his intention in the face, the message includes a "broken heart", "I'm dying ... because I very painful. " Dead even in the face book countdown for their lives.

People express their emotions face book or watch a message can save a life
Face book is widely used in social circles, however, many people are happy to leave a message on face book, or express their emotions, however, the two juvenile cases, said the book are feeling in the face, but also show the idea of committing suicide , but ultimately also the opportunity to save one life passing.

The boy in the face with his sister was talking to the book, but unfortunately his sister who is not in Kuala Lumpur, resulting in perceived wrong, too, could not give immediate help, some friends regret and blame myself, because last night saw the book on its face message, not even to be ignored.

Take things too hard for teenagers commit suicide, "delicate network" felt sorry for this, I hope he received the rest, I hope you pay more attention to her friends, in the face book friends also pay more attention to the message, you are a careful and minute of Ke Wanhui precious lives. Meanwhile, the "thorny net" also advise you that are due to the good side of things to think about, life is precious, do not easily give up life.

War of words written on the face lift
On the other hand, Alviss Kong's accidental suicide also face the book of "war of words", after hearing many friends in the book have a message in their face, most of all wish him rest in peace (rest in peace), However, there are many users dissatisfied with his suicidal behavior-based, and then rebuked him act stupid.

Alviss Kong face book 7 o'clock in the evening, each message has broken through 1000, and some users blame their misconduct, but Alviss Kong's friends are even behind him, and we should respect and promote the death of a person, and not in the the face book to unload.

There are many users denounced his girlfriend, but there are some friends you cool and promote respect for Alviss Kong's last wish, that is not to blame his girlfriend.






keep in touch~ :)

2

« Previous Posts Next posts »

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.