Pages

#099 Kayak dan Kayak

Wednesday, July 20, 2011 micosey , , , ,

kayak.. hahahahah
kalau kawan2 aku yg kenal aku,sure depa ( mereka ) tau bahawa aku ni tak layak main kayak.
kenapa ? sebab aku tak reti berenang! haha ( tak malu bagitau orang kau x reti berenang ? )
sesungguhnya,buat apa kita nak malu bagitau orang kan ? at least,bila orang tau,maybe diorang kenal aku dan bila diorang nampak aku terjatuh dalam air,diorang tahu yang aku tak tahu berenang malah mungkin diorang akan selamatkan aku.
(kenapa aku guna diorang ? ) sebab ramai kawan2 di johor tak faham apabila aku cakap 'depa' ..heheheh
hurmm.. memang 'practice makes perfect' . dulu masa aku tingkatan 3 dan 4,aku banyak berlatih kayak di sungai bersebelahan rumah ku,yang agak dalam dan deras arusnya. tak percaya ? jom ah p rumah aku!
dan beberapa pertandingan kayak aku sertai melalui beberapa gerakan di kampungku seperti open tournament kalau tak silap di langkawi ketika aku tingkatan 4,juga 2 events di sebuah tasik di jitra.
memang aku tak tahu berenang. serious. mungkin dahulu aku berani sebab aku masih dianggap budak2 lagi dan mungkin perhatian yg diberikan pada budak2 ketika berada di air lebih tinggi,so aku xdalah takut sangat.

namun apabila aku berada di uthm,aku seperti dewasa. mampu buat segalanya secara sendiri dan sebagainya.
ini yang aku takut. haihh
so,di uthm,aku makin menjadi jadi main kayak kat sini. 'main' ja okay,bukan 'training' (aku bukan atlet) .. hahaha
so,ada la beberapa otai kayak iaitu atlet kayak uthm yang sangat ramah dan baik...
bro eddy,bro hakim dan bro jack.. serta bro jan.. diorang ni banyak bantu aku belajar pasal kayak,skills yang betul dan fitness.. hehe
kiranya macam jurulatih lah. haha
di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang sudi membantu aku ketika aku 'tenggelam' di tasik apabila kayakku terbalik. almaklumla,aku pakai TK1,sit K1,kalau tak silap aku. sit yang membuatkan aku susah nak balance kan diri. kebanyakan sit tersebut untuk professional dan race dan selalunya digunakan untuk kayak K1.
harap2,aku dapat lebih serius dan dapat meneroka lebih dalam mengenai kayak di uthm nie.! atlet mungkin ? hahaha ( sila belajar berenang dulu !! )



K1 - selalunya digunakan dalam race

TK1 - training.belajar

p/s : sebarang kesilapan info harap maaf yer. sila betulkan dengan post komen kat bawah! :)
respons needed.. Chill yo!! :)

4 Responses to “#099 Kayak dan Kayak”

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.