Pages

#116 Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka

Sunday, August 28, 2011 micosey , , , , , ,

Ini cubaan kedua dengan bantuan Bang Mirul . Khas untuk semua.


Bertuahnya Malaysia hari ini apabila Hari Raya Aidilfitri disambut dengan kehadiran bulan kemerdekaan!
Tahun ini,pertama kali aku merasa balik kampung dalam mood raya. kenapa ? sebab sebelum ni kedua-dua kampung aku dalam satu negeri yang sama iaitu Perlis. So mood balik kampung tu tak ada lah sangat. hehhe
Nak dijadikan cerita,kali pertama membeli tiket bas raya ..

ini cubaan pertama aku buat wallpaper raya. nampak serabut sikit.khas utk semua
Memang gelabah ah sebab dalam berita cakap tiket hampir habis. hee
Alhamdulillah sempat juga ku membeli tiket dan pulang beraya di kampung halaman. hehehee
Cuti pun hanya seminggu,so,tak da lah nak raya sakan tahun nie.
Erm,assignment pun banyak yang perlu disiapkan. Lagi mengurang semangat raya. ehehe
Kalau raya,mesti tak lari daripada hebahan mengenai baju raya.. humpp.. Baju Melayu aku tahun ni warnanya hitam.. Berkilat lagi.. hehe
Mulanya aku nak jadikan pink sebagai tema tahun ini malang sekali,lagi 3 hari nak raya baru aku beli baju. Memang dah tak da saiz dan stok lahjawabnya. takpa.. hitam pun hitammm lah.. haha

Aku jugak buat wallpaper raya menggunakan photoshop. hehe
Aku belajar dalam kelas, dan juga atas ajaran abg Amirul Hakmal. Dia ni memang minat hal ehwal design ni. Orang IT lah katakan. Thanks bang atas tunjuk ajar..
hehee.. Sesungguhnya aku banyak berdosa dengan bang mirul. Kenapa ?? Sebab asyik menyakat dia ja! eheh
Sorry bang.. Saya sekadar bergurau senda ja,..

ok.. Topik yang lebih Panas!!
Ramai antara kita alpa tentang kemerdekaan. Pejuang-pejuang bangsa yang gugur. Apa yg mereka tahu ? Sekadar keseronokan mencari seluar baju raya aja. humm.. Aku harap kita ramai-ramai dapat ingat balik perjuangan pelopor-pelopor bangsa . Tanpa GUGURNYA mereka semua di medan perang,SIAPALAH kita ?? Bolehkah kita beraya dengan keadaan sebegini rupa ? Bolehkah kita pakai pakaian yang mewah di pagi RAYA ? Bolehkah kita pergi ke masjid dengan muka berseri-seri ? Bolehkah kita pulang ke kampung??

INGAT!! TANPA PERJUANGAN MEREKA,KITA BUKAN SESIAPA. MUNGKIN KITA TAK DAPAT BERAYA DEK JAJAHAN ORANG LUAR. HARGAILAH KEMERDEKAAN .

SELAMAT HARI RAYA. MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP AKU. AKU TAHU AKU BANYAK BERDOSA PADA SEMUA ORANG. MOGA RAYA ANDA LEBIH CERIA DARIPADA BIASA

do comment my entry. have a nice day~ :)

4 Responses to “#116 Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka”

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.