ok.aku mendapat tahu bahawa pengacara terkenal di tv3 iaitu ally iskandar sudah pun putus tunang.
katanya,tiada keserasian antara dia dan pasangan menyebabkan mereka terpaksa memutuskan pertunangan dan bukan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.
Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang
Di sidang media Mentor Raya 2011 malam tadi, personaliti dan pengacara TV3, Ally Iskandar telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu. Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
Ujar Ally, perpisahan itu tiada kaitan dengan pihak ketiga ataupun konflik besar membabitkan mereka sebaliknya beberapa masalah lain yang datang secara berperingkat sehingga gagal untuk diselesaikan.
Katanya, mereka berdua pernah mengimpikan untuk menjadi pasangan bahagia dalam rumah tangga tetapi sayang sekali ia tidak dapat dilaksanakan seperti dirancang.
Malah ujar Ally lagi keluarganya turut bersedih dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi mereka amat gembira semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelum ini.
“Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik,” katanya.
Bagaimanapun ujar Ally, dia dan Nur Aishah masih berkawan baik dan tiada permusuhan di antara mereka.
Katanya, buat masa ini dia mahu memberi perhatian terhadap tugasnya sebagai pengacara TV3 dan enggan terlalu memikirkan masalah itu. via Mstar Online
*sumber- Budiey.com
respons needed.. Chill yo!! :)
awat etis la ni rajin putuih tunang? nak raya solo ka ? =="
tu la pasai... dah ada tunang,putus.. ce bagi kat saya ka.. bagus jugak.. dah la xda sapa nakkan ceq.. huhu
takpe.. maybe elly ada jodoh dengan tomato kot .. hahaha ;p
hahahha tomato! :P
semoga berjaya ye! :D
takde jodoh diorang
ya.. tak ada jodoh.. huhu
harap2 akan ada yang lebih baik untuk diorang berdua. :)
bg dkt sye je la ally iskandar ni...hehe
anon : hahaha
amik la.. ;p
hehe... c0mel ape ally ni. last m0nth baru je jmpa dia. x sangka nk ptus tunang..