Pages

#061 Thinking of you :(

Monday, February 21, 2011 micosey , , ,


sebenarnya,susah nak melupakan seseorang yang pernah kita sayang
kan ?
namun,realiti kehidupan harus kita terima dengan reda dan kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dalam hidup ini.
dua perkara utama nak aku jadikan huraian hari ini ialah pemergian pak ngah aku.
begitu sedih dan terkilan akan pemergian allahyarham . tak pernah ku rasakan sebegini. sentiasa terkenangkan dia dan aku banyak mensedekahkan al fatihah kepadanya. dia pergi tinggalkan aku.
hari terakhir dia masih sedar,,aku tak pergi menjenguknya di hospital. esoknya pula aku nak melawat,dia telah tidak sedarkan diri sehingga akhir nafasnya.
mungkin sebab inilah aku sentiasa rasa bersalah akan kehilangannya  dan sentiasa terkenangkannya. dia memang baik dengan aku. tiap2 petang pasti dia akan datang ke rumah aku sembang2 dengan membawa pisang goreng.
dia juga banyak menasihati aku dalam banyak hal walaupun nasihat yang diberikan bukan secara terus tapi secara sinis. aku suka cara begitu,..
kini aku rindukan dia yang telah pergi buat selamanya. oleh kerana peristiwa ini,aku sentiasa berwaspada agar tidak berulang lagi,contohnya masa tok aku masuk ke wad,cepat2 aku ke hospital menjenguknya setelah diberitahu. aku tak nak hidup dalam penyesalan sebegini lagi.

perkara kedua pula ialah seseorang yang pernah menjadi idaman hati yang pergi meninggalkan aku.
tak perlu aku kisahkan kenapa dia tinggalkan aku keran sudah pasti akan menjadi isu sekiranya aku mendedahkannya,tapi tak mengapa...
dia dah anggap macam tu,dan tak perlu aku nak perbetulkannya hingga ke suatu masa yang sesuai kelak. biarlah dia benci aku sebagaimana sekarang,namun setelah dia ketahui kebenarannya,pasti meninggalkan impak yang besar dalam hidupnya. biarkan,aku cuba melupakan kau dalam hidupku ini.
pergilah kepada yang lebih baik,namun dalam sesuatu perhubungan kepercayaan dan kesetiaan yang paling pentig. juga tolak ansur. buka mata dan hati serta telinga untuk mendengar penjelasan,jangan hanya serkap jarang. perkara dah berlalu,tiada guna mengeluarkan air mata darah sekalipun. hatiku dah tertutup untuk mana2 perempuan dalam dunia ini sehingga aku benar2 dah bersedia . p/s : macam lah perempuan nakkan aku yang serba selekeh ini.


respons needed.. Chill yo!! :)

8 Responses to “#061 Thinking of you :(”

Related Posts with Thumbnails
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.