JIKA tidak menyanyi insan ini mungkin menjadi seorang peguam. Tetapi, rezekinya bukan di bidang perundangan - membela orang yang memerlukan bantuannya. Takdirnya menjadi penghibur rakyat - menyampaikan mesej dalam bidang seni. Itulah Penghibur No Satu Asia - Sudirman Haji Arshad.
Sudirman anak pasangan Romlah Dahsln dsn Arshad Hassan selamat dilahirkan ke dunia pada hari Rabu, 12 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh Pahang. Sudirman adalah anak bongsu
daripada enam adik beradik. Saudaranya yang lain ialah Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini
Ayah dan ibunya bukan calang-calang orang.Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik. Dia pernah menjadi Ketua Wanita Umno Pahang Selatan dan wakil rakyat pertama bagi kawasan Temerloh pada 1955. Bapanya pula pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik
Zaman remaja Sudirman agak pilu apabila ibu tempatnya menumpang kasih meninggal dunia pada 1959 di usia muda 32 tahun kerana mengidap kanser. Pada waktu itu Sudirman baru berusia lima tahun. Bayangkan perasaannya yang masih kecil ditinggalkan ibu tercinta ketika baru hendak bernanja.
Bapanya kemudian bernikah dengan Mariam Mohammad. Kepada Mariamlah Sudirman dan adik beradiknya menumpang kasih sebagai ibu. Ayahnya kemudian menyusuli Romlah berpulang ke rahmatullah pada 1986.
Sudirman memulakan persekolahnya pada1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM (Institut Teknologi Mara kini Universiti Teknologi Mara) dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimanapun, dia menolak tawaran itu.
Pada 1976, Sudirman melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, dia masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya.
Pada 1980 Sudirman menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Pada 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
Pengiktirafan itu juga Sudirman digelar The Singing Lawyer.
antara gambar kenangan |
kenangan salah seorang peminat dengan sudir |
tandatangan buat seorang peminat |