Pages

#072 Dengki,Mengata Sesama Kita

Tuesday, May 3, 2011 micosey , , ,

mengumpat
apabila kita mengumpat, kita sebenarnya menarik bahan umpatan ke dalam lingkungan aura diri kita. lambat laun, ia akan jatuh ke riba juga.
malangnya , bukan itu sahaja kesannya, kita turut berada dalam aura yang busuk, orang yang diumpat dapat mencium aura busuk itu, membuatkan dia juga sebenarnya tidak menyenangi kita. walau kita bemanis muka di hadapan tetapi dia dapar merasakan kepura-puraan itu.
rezeki sukar bertandang kerana hati yang kotor bukan tempat jatuhnya kemurahan rezeki dan itulah kesan lain yang mengiringi umpatan, iaitu hati yang kotor.
ibadat lain juga sukar dilakukan dengan ikhlas termasuklah sukarnya mendapat solat yang khusyuk. walau apa yang dikata itu benar, penjajaan cerita itu sendiri adalah pendedahan pengaiban yang melibatkan maruah seseorang . amat sukar memiliki hati yang bersih pada golongan pengumpat. lalu karektor mereka cenderung negatif. mudah bersangka dan selalu berfikiran buruk.
pokoknya, orang yang mengata orang lain, terus mendapat kesan langsung iaitu dosa di sisi Allah.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
“Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Apa yang kita katakan tentang seseorang sebenarnya kita kata tentang diri kita sendiri.


http://anaylli.blogspot.com/2011/05/cerita-budak-sekolah-1.html ( ada gambaq aku tang nie!! mai baca!! )

respons needed.. Chill yo!! :)

4 Responses to “#072 Dengki,Mengata Sesama Kita”

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.