Pages

#078 P. Ramlee ingin hidup 1000 tahun ! ! !

Friday, June 3, 2011 micosey , , , , ,

 Seniman Serba Boleh, Allahyarham Tan Sri P.Pamlee yang kita sanjungi kembali menemui Ilahi. Beliau pergi dalam usia yang masih muda, 44 tahun, tetapi meninggalkan lambakan karya-karya seni yang hebat dan terus relevan sehingga ke saat ini dan masih diminati ramai.

Seperti kata Seniwati Mariani, kakak ipar P.Ramlee, "P Ramlee tidak ada tandingan," begitulah yang diakui oleh seluruh masyarakat yang mengenali dan meminati Seniman Agung itu.


"Kira-kira 3 bulan sebelum P.Ramlee meninggal dunia, dia pernah berkata kepada saya - 'I nak hidup 1,000 tahun lagi'. Saya hairan kenapa dia bercakap begitu, tapi lama-lama kelamaan, barulah saya faham maksudnya. Ia bermakna dia mahu dikenang selama yang mungkin."



Seniman Aziz Sattar pula mengimbas satu ungkapan P.Ramlee: " Dia (P.Ramlee) pernah berkata kepada saya, seni beliau bukan kerana wang, tetapi seni kerana masyarakat."


Jadi jika digabungkan kedua kata-kata itu dapatlah kita simpulkan P Ramlee sememang mencurahkan jiwa dan raganya kepada seni dan ingin melihat seni yang berkualiti itu terus melekat di hati pendengar dan penonton buat selama-lamanya.


Dan untuk anak seni zaman sekarang, apakah yang sepatutnya dilakukan untuk mengenang jasa dan pengorbanan anak jati kelahiran Pulau Pinang itu?


Salah satunya adalah yang sedang diperjuangkan Datin Seri Tiara Jacquelina. Beliau berjaya mengumpul barisan karyawan seni tempatan dari kalangan penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik, penari dan pereka set untuk mementaskan Muzikal P.Ramlee di IB ketika ini. Di situlah kita dapat mengimbas perjalanan hidup P.Ramlee sambil menikmati alunan lagu-lagu yang sinonim beliau dan isterinya, Puan Seri Saloma.


Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak semua pengunjung portal ini menghadiahkan doa dan Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham terus dicucuri rahmat. Amin...


Kronologi peristiwa menarik dalam diari Hidup P Ramlee

1929
# Teuku Zakaria Teuku Nyah Putih atau P. Ramlee dilahirkan pada pagi Aidilfitri bersamaan dengan 22 Mac di Pulau Pinang.


1945

# Memenangi tempat ke-3 Pertandingan Seni Suara Radio Malaya, Pulau Pinang.

# Menganggotai pelbagai pancaragam seperti Orkes Mutiara, Pancharagam Rangkaian Melati, Sinaran Bintang Sore.


1947

# Mula menggunakan nama P Ramlee sebagai nama pentas.
# Menjadi Juara Pertandingan Seni Suara Radio Malaya, Pulau Pinang.


1948

# Pengarah filem BS Rajhan mula mengesan bakat nyanyian P Ramlee sewaktu menonton persembahan Malay Agriculture Show di Butterworth, Pulau Pinang.
# Berpindah ke Singapura untuk mengejar cita-cita dan impian menjadi bintang filem dengan menyertai Malay Film Productions (MFP) - Shaw Brothers pada 8 Ogos.
# Muncul di layar perak buat pertama kalinya menerusi filem berjudul Chinta bersama Siput Sarawak pada 31 Oktober.


1950

# Berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris.
# Berlakon dalam filem Rachun Dunia, Bakti, Takdir Ilahi dan Aloha. # Filem yang sudah dilakonkan pada tahun sebelumnya termasuklah Noor Asmara, Nasib dan Nilam.


1953

# Memenangi Juara Bintang Radio Lelaki Malaya.
# Mendapat anak pertama Mohammad Nasir hasil perkahwinannya dengan Junaidah.
# Muncul dalam filem Putus Harapan, Ibu, Hujan Panas dan Salah Siapa.


1954


# Bercerai dengan Junaidah Daeng Harris.
# Tampil dalam filem Panggilan Pulau, Perjodohan dan Merana.


1955

# Berkahwin dengan bekas Permaisuri Perak, Norizan Mohd Nor, pada 6 Februari 1955.
# Berlakon dalam filem Abu Hassan Penchuri.
# Buat pertama kalinya P Ramlee diberi peluang mengarah filem pertama yang dilakonkannya sendiri, Penarik Becha.


1956
# Berlakon dalam filem warna-warni klasik, Hang Tuah.
# Memperolehi anugerah Skor Muzik Terbaik bagi filem Hang Tuah dalam Festivel Filem Asia di Hong Kong.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Semerah Padi dan Anakku Sazali.


1957

# Memenangi anugerah Watak Utama Lelaki Terbaik dalam filem Anakku Sazali dalam Festival Filem Asia di Hong Kong.
# Mengarahkan filem Panca Delima.# Mengarah dan berlakon dalam filem Bujang Lapok.


1958

# Menerbitkan isu pertama Majalah Gelanggang di bawah syarikat Penerbitan P Ramlee.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Sumpah Orang Minyak.
# Menang anugerah Fotografi Hitam Putih Terbaik bagi filem Sumpah Orang Minyak dalam Festival Filem di Manila.
# Pengarah bersama dan berlakon dalam filem Sergeant Hassan


1959

# Mengarah dan berlakon filem Pendekar Bujang Lapok.# Menang anugerah Filem Komedi Terbaik bagi filem Pendekar Bujang Lapok dalam Festival Filem Asia di Kuala Lumpur.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Nujum Pa' Belalang.


1960

# Mula membuat persembahan bersama Pancha Sitara. # Menang Filem Komedi Terbaik dalam filem Nujum Pa' Belalang dalam Festival Filem Asia di Tokyo.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Antara Dua Darjat.


1961

# Bercerai dengan Norizan.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok. # Berkahwin dengan Salmah Ismail atau Saloma pada 21 November 1961.


1963

# Mengarah dan berlakon dalam filem Nasib Si Labu Labi .# Menang anugerah Most Versatile Talent dan Fotografi Hitam Putih Terbaik bagi filem Ibu Mertuaku di Festival Filem Asia di Tokyo.


1964

# Mengarah dan berlakon bersama dalam filem Madu Tiga dan Tiga Abdul.
# Menang Filem Komedi Terbaik dalam filem Madu Tiga di Festival Filem Asia di Taipeh.
# Berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai Merdeka Film Studio.
# Mengarah dan berlakon bersama dalam filem Sitora Harimau Jadian.


1965

# Meraih anugerah Special Mention bagi filem Ibu Mertuaku dalam Festival Filem Antarabangsa di Paris.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Masam Masam Manis, Ragam P Ramlee dan Minta Nombor Ekor.
# Filem Minta Nombor Ekor digam Kerajaan Malaysia.


1966-1969

# Mengarah dan berlakon dalam Sabaruddin Tukang Kasut, Do Re Mi, Nasib Do Re Mi, Sesudah Suboh, Keluarga 69, Anak Bapak, Gerimis, Ahmad Albab, Kanchan Tirana dan Enam Jahanam.


1970

# Mengarah dan berlakon dalam filem Dr Rushdi dan Gelora.
# Menubuhkan Perusahaan Filem Malaysia Sdn Bhd (Perfima) bersama HM Shah.
# Bermulanya zaman kejatuhan P. Ramlee selepas berhijrah ke Kuala Lumpur.


1971 - 1972

# Mengarahkan filem Putus Sudah Kasih Sayang, Jangan Tinggal Daku dan Laksamana Do Re Mi.


1973
# Menubuhkan syarikat Rumpun Melayu Film Sdn Bhd bersama HM Shah.
# P Ramlee meninggal secara mengejut akibat serangan sakit jantung pada 29 Mei 1973, kira-kira
jam 5.30 pagi.


#Al Fatihah.
 *sumber dari beberapa carian google.com

respons needed.. Chill yo!! :)

2 Responses to “#078 P. Ramlee ingin hidup 1000 tahun ! ! !”

Related Posts with Thumbnails
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.