Pages

#031 SPM 2010 BM

Wednesday, October 6, 2010 micosey , , , , , ,



Sedikit hadiah kepada rakan-rakan SPM 2010. Tahun 2010 ialah tahun terakhir teks "Annyss Sophilea" digunakan untuk peperiksaan SPM untuk subjek Bahasa Melayu di bawah subtopik KOMSAS - Komponen Sastera. Saya terjumpa saya bentuk persembahan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar yang masih lagi tidak membaca teks sepenuhnya dan bergantung seratus peratus kepada buku rujukan untuk menghadapi SPM.

Saya juga bukanlah tukang ramal bahawa cerpen "Annyss Sophilea" bakal menjengah SPM 2010, tetapi setahu saya cerpen ini masih lagi belum dimasukkan ke dalam peperiksaan itu. Namun, saya lebih percaya bahawa membaca apa-apa teks itu mestilah kerana kita mahu menghayati teksnya dan bukanlah semata-mata untuk lulus periksa. Mungkin juga, "Annyss Sophilea" langsung tidak disoal sepanjang peperiksaan SPM sejak tahun 2000 - 2010.

Lantas, mungkin ada yang akan bertanya, mengapa perlu baca teks yang tidak akan diuji dalam peperiksaan? Jawapan saya : kerana membaca karya sastera itu haruslah sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi menghantar mesej yang lebih besar daripada SPM kepada pembacanya.

Analisis Cerpen Annys Sophillea (Nisah Haji Haron)

Sinopsis
Annyss Sophillea berkenalan dengan Akmal di bumi sewaktu mencari saudara kembarnya, Eyrique Etiqaz iaitu pewaris takhta Alstonia yang hilang. Semasa Annyss bertafakur di pusara ayah dan ibunya, Strenn, sepupunya muncul dan menyatakan keinginannya untuk menjadi raja Alstonia dan mengahwini Annyss. Dengan bantuan burung Inderawasih iaitu Eustary, Annyss ke sebuah rimba. Di sana, Akmal menemuinya lalu mereka mencari Eyrique. Mereka berjaya menemukan Erique. Rupa-rupanya Eyrique disembunyikan oelh Strenn. Akmal berjaya menikam Strenn tetapi dia turut merasai kesakitan tersebut kerana peraturan di Alstonia sedemikian. Annyss dan Eyrique berusaha untuk menyelamatkannya.

Tema
Perjuangan menentang kejahatan - Annyss Sophillea dan Akmal menentang Strenn yang ingin merampas takhta kerajaan Alstonia.

Persoalan
- Persahabatan yang murni antara penduduk dua planet yang berbeza
- Sikap tamak akan kuasa dan sanggup melakukan kezaliman akan membawa padah
- Persahabatan murni memerlukan pengorbanan
Watak dan Perwatakan
Annyss Sophillea
- Puteri dari Alstonia
- Mempunyai kuasa luar biasa
- Sepupu Strenn
- Lemah lembut
- Tegas
- Berani
Eyrique Etiqaz
- Saudara kembar Anyyss Sophillea
- Diculik oleh Strenn
- Mempunyai kuasa luar biasa
Strenn
- Sepupu Annyss
- Cuba merampas kuasa dan menduduki takhta Alstonia
- Zalim
- Tamak
- Memiliki kesaktian
Akmal
- Penduduk Bumi
- Sahabat baik Annyss
- Jujur
- Sanggup berkorban
- Berani
- Pintar
Latar
Latar Tempat
- Bumi tempat asal Akmal
- Rimba besar Alstonia
- Terowong rahsia tenpat Eryrique disembunyikan
- Pusara ayah dan ibu Annyss
Latar Masa
- Masa akan datang – futuristik
- 10 hari di planet Bumi bersamaan 1 hari di dimensi Alstonia

Latar Masyarakat
- Masyarakat di Bumi
- Masyarakat di angkasaraya
- Masyarakat yang mengamalkan kesaktian
- Masyarakat mengamalkan sikap bekerjasama tanpa mengira kedudukan

Nilai
- Keberanian – Annyss sanggup pergi ke merata-rata tempat untuk mencari kembarnya Erique
- Kegigihan – Annyss gigih mencari kembarnya walaupun mengahadapi banyak rintangan
- Kerjasama – Akmal datang ke Alstonia untuk menolong Annyss
- Pengorbanan – Akmal sanggup berkorban dengan bertindak membunuh Strenn walaupun tahu akan risikonya

Pengajaran
- Kita hendaklah berani berjuang untuk menegakkan kebenaran dan mengahpuskan kezaliman
- Manusia digalakkan bekerjasama pada setiap masa bagi memastikan kemenangan dapat dicapai dalam setiap perjuangan
- Kita hendaklah sentiasa bersedia memberi bantuan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan


p/s : bertungkus lumus salin utk para pembaca. ; )

keep in touch~ :)

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.