Pages
#022 Cita-Cita
Sunday, August 22, 2010 micosey cita-cita, gembira, sedih, usaha
sebenarnya,setiap orang ada cita-cita masing-masing..
ada yang nak jadi kaya,ada yang nak bantu orang lain dan juga banyak lagi.
bagi aku,aku nak jadi juruterbang! juruterbang atau lebih popular dikenali sebagai pilot (hehe) merupakan satu karier yang lain daripada yang lain. keunikan karier ini membuatkan aku minat untuk menceburi bidang ini.
pilot seolah-olah satu karier yang senang bagiku (pandanganku semasa berumur 13 tahun). aku google berbagai maklumat tentang kemasukan pilot ke flying school.. subjek yang penting hanyalah Math,Physics, dan English. aku gembira. mungkin aku mampu menguasai matapelajaran tersebut dan aku boleh menjadi pilot. namun,pada tahun ini,2010,seorang kapten pilot iaitu Capt. Zenko daripada MAS telah datang memberi ceramah tentang MAS Cadet Pilot. sememangnya aku fikir semua ini senang sahaja,namun penerangan yang diberikan oleh beliau membuka mata aku. aku baru sedar bahawa aku perlukan bantuan daripada agensi-agensi berkaitan untuk menampung kos masuk ke flying school. MAS,merupakan syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia dan juga serata dunia memberi bantuan kepada masyarakat yang berkelayakan untuk menjadi pilot..
setelah berbagai-bagai cara aku cari maklumat tentang MAS cadet pilot, semua yang diambil merupakan golongan yang terpelajar (straight A's SPM ). adakah aku akan diambil ? mungkin aku hanya layak untuk 'apply' namun tidak mungkin dapat menjadi salah seorang kadet pilot MAS kerana agak sukar untukku mendapat semua A dalam SPM. mungkin senang bagi orang lain cakap,usaha lagi... usaha lagi... tapi,aku tahu kemampuan diri aku sendiri. aku tak mampu. aku dah usaha .. dan telah melipatgandakan usaha namun aku masih mendapat keputusan yang sama. mungkin hanya doa sahaja dapat menolongku..
aku keliru.. PILOT yang aku minat sedari darjah 3 hanya tinggal cita-cita..walaubagaimanapun,aku tetap akan apply MAS Cadet Pilot untuk sesi 2011 walaupun kemungkinan besar,aku tidak akan berjaya..
bagiku,apa yang penting,usaha.. hasilnya kemudian..
aku akan berusaha untuk mencapai cita-citaku.. aku reda jika aku tidak mempunyai rezeki menggapai cita-citaku yang tinggi bak gunung everest yang jauhnya seperti langit dengan bumi.. aku cuba dan terus mencuba..
keep in touch~ :)
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Categories
agama
(7)
aku
(60)
artis
(4)
bahagia
(13)
bangga
(8)
benci
(3)
bersih
(6)
best
(4)
che det
(2)
cinta
(12)
gambar
(4)
hidup
(10)
islam
(5)
malaysia
(16)
malaysians
(2)
marah
(3)
melayu
(3)
merdeka
(3)
movie
(3)
photographer
(2)
quote
(1)
ramadan
(5)
renungan
(2)
review
(5)
sayang
(9)
sedih
(31)
suka
(50)
Post a Comment