ok.aku mendapat tahu bahawa pengacara terkenal di tv3 iaitu ally iskandar sudah pun putus tunang.
katanya,tiada keserasian antara dia dan pasangan menyebabkan mereka terpaksa memutuskan pertunangan dan bukan disebabkan oleh kehadiran orang ketiga.
Pihak Ketiga Bukan Punca Ally Iskandar Putus Tunang
Di sidang media Mentor Raya 2011 malam tadi, personaliti dan pengacara TV3, Ally Iskandar telah mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Naib Juara rancangan Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal telah putus pada 30 Julai lalu. Tanpa berselindung Ally berkata, perpisahan itu berlaku disebabkan tiada keserasian di antara mereka walaupun hakikatnya mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan hujung tahun ini.
Pages
sedih
#106 Ally Iskandar Sah putus tunang
Thursday, August 4, 2011 micosey aku, artis, dunia, malaysia, sedih, tunang
#105 Shahir af8 - Akan merubah apa2 ?
micosey artis, duka, malaysia, sedih
fikirlah kembali shahir! :)
#102 Antara kesan Ramadan padaku
Wednesday, July 27, 2011 micosey aku, duka, ramadan, sedih
Ramadan,bulan yang mulia.
banyak iktibar yang boleh kita dapat ketika bulan ramadan.
baiklah,tak perlu aku berhujah panjang,cuma aku ingin tekankan pada satu perkara ini. hingga kini,aku masih rasa bersalah ,sedih .
aku pernah post sebelum ini,anda boleh lihat di SINI .
erm,sebenarnya, disebabkan keseronokan yang aku nakkan,aku lupa pak ngah aku yg terlantar sakit di hospital. pada mulanya tidak serius,namun disebabkan kejahilan aku,aku tak pergi melawat dia bersama bapaku dan adikku petang itu kerana aku hendak ke bazar ramadan dengan kawan2.
aku langsung tak melawat dia yang banyak berjasa pada aku!! kenapa aku begitu jahil ketika itu ??
dia yang telah pergi ,tak mungkin akan dapat kembali. tak mungkin aku dapat menjenguk dia lagi. beberapa hari dia terlantar di hospital pada bulan ramadan. aku cuma pernah pergi sekali ja. ! T_T
aku mengaku,rasa bersalah tetap terpahat dalam hati aku!
suatu ketika dulu,aku pernah ditimpa penyakit serius.
aku dibawa ke Kedah Medical Center oleh ibu bapa aku untuk rawatan pakar. penyakit aku ketika itu agak serius.
apabila aku pulang,pak ngah aku merupakan salah seorang yg ternanti nanti kepulangan aku untuk bertanya khabar.
malamnya pula,dia datang melawat lagi.
setiap petang,dia akan datang. malangnya,ketika dia sakit,aku tak ergi menjenguk dia. jarang-jarang sekali aku pergi hingga lah hembusan nafas yang terakhir.
aku sentiasa doakan agar dia sentiasa di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
aku terhutang budi dengannya. aku terlalu jahil hinggakan melebihkan keseronokan aku sendiri tanpa pergi menziarahnya yg mungkin menunggu kedatanganku!
maafkan saya pak ngah. :(
selepas pemergian beliau,aku rasa sangat bersalah.
dan melaluinya,aku belajar sesuatu. pentingkan orang yang mementingkan kita daripada mementingkan diri sendiri .
maaf,tak dapat aku sambung lagi entri ini.
Al-Fatihah .
#0100 Semua Tentang Cinta
Sunday, July 24, 2011 micosey aku, cinta, dunia, sedih
Kadang-kadang hang,kadang-kadang laju
Kadang kena format,kadang-kadang ada virus
Tapi jika semuanya dijaga rapi ianya akan memudahkan kerja
Cinta itu boleh diibarat rumah
Dindingnya harus dicat bagi menampakkan keserian
Tiangnya harus kukuh
Bumbungnya harus tidak bocor.
Cinta itu bak pohon berbuah
Makin rendang,makin redup
Makin dibaja,makin subur
respons needed.. Chill yo!! :)
#097 Cabaran Hidup
Monday, July 18, 2011 micosey aku, duka, hidup, sedih, uthm
percayalah,hari demi hari hidup anda akan menjadi semakin susah dan susah dan susah melainkan anda merupakan seorang yang tak pedulikan pada masalah yang berlaku.
tak apalah,lain orang,lain jalan hidupnya. sudah semestinya,qada dan qadar telah menentukan segalanya. namun,usaha diperlukan dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini.
hari ini beberapa perkaa besar telah ebrlaku padaku.
1. aku dimarahi seorang perempuan yg pada aku seorang yg lemah lembut dan baik (ini bukan ayat bodek )
tapi mungkin disebabkan perangai aku yg always nak 'joke' aja di mana2,telah membuatkan dia terasa hati dengan ayat2 yg aku keluarkan. sorry,aku tak berniat nak kata apa2 pasal tu. aku cuma nak melawak. mungkin aku x kenal hang sangat,tetiba ja buat lawak bodoh kat situ,itu yg menyebabkan hg sakit hati.. aku minta maaf sekali lagi dan lagi dan lagi.. sesungguhnya,satu perasaan yg amat teruk apabila kita dimarahi seseorang tidak kira siapa pun.:((
2. aku mendapat jemputan ke satu event besar bersama perdana menteri sabtu ini di perlis ,malangnya aku berada di johor belajar.. cuti aku seminggu selepas event tu berlangsung.omaigod. mungkin ramai antara kita yg benci PM Najib,tapi it's still my pleasure to see him. it;s not easy to be a PM. and because of him,we still live peacefully in a country named malaysia. kita tak dapat nak penuhkan harapan setiap orang. seperti aku,aku tak dapat nak penuhkan segala harapan yang kawan2 berikan padaku,ridak semua mampu ku penuhkan,kerana aku manusia biasa. begitu juga pm,dia juga manusia dan dia juga melakukan kesilapan. bagi aku,kita tidak patut menilai seseorang melalui kesilapan yg dilakukan namun kita nilai berdasarkan apa yg telah dia lakukan dan apa yang bakal dia lakukan.
itu ja. malas cakap banyak. sekarang aku on training for kayak. training aje la. sure x dapat wakil uthm punya. haha :)
respons needed.. Chill yo!! :)
#095 Hancur.Musnah.Roboh.Ranap
Sunday, July 10, 2011 micosey aku, cinta, duka, sedih
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa inigetarkan jiwamu
Jantung ini Detakkan Jantungmu
Dan biarkan aku padamu
Takkan menyesal hidup
Didalam hidupku
Rasa ini terus padamu
Takkan kubiarkan sampai
Aku mati
reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan
Saat kita jumpa
Biarkan Aku kan mencuba
Tak peduli kau berkata
Untuk mau atau Tidak
1) orang itu tidak mengenali kita sangat
tapi,entahlah. apabila masuk ke bahagian hati dan perasaan ,aku gagal.
dan satu lagi,bagi aku ,kalau ada kawan aku yang minat pada orang yang sama dengan aku,aku akan mengundur diri. tak mungkin aku akan membahayakan persahabatan aku hanya kerana seorang perempuan.
apa pendapat anda semua ??
respons needed.. Chill yo!! :)
#085 Transformers Dark of The Moon Review
Sunday, July 3, 2011 micosey aku, bahagia, review, sedih, suka, transformer
Im sorry for the bad english,please comments me,for sure it will improve my english. thanks :)
respons needed.. Chill yo!! :)
#078 P. Ramlee ingin hidup 1000 tahun ! ! !
Friday, June 3, 2011 micosey aku, bangga, hormat, p ramlee, sedih, seni
Seperti kata Seniwati Mariani, kakak ipar P.Ramlee, "P Ramlee tidak ada tandingan," begitulah yang diakui oleh seluruh masyarakat yang mengenali dan meminati Seniman Agung itu.
"Kira-kira 3 bulan sebelum P.Ramlee meninggal dunia, dia pernah berkata kepada saya - 'I nak hidup 1,000 tahun lagi'. Saya hairan kenapa dia bercakap begitu, tapi lama-lama kelamaan, barulah saya faham maksudnya. Ia bermakna dia mahu dikenang selama yang mungkin."
Seniman Aziz Sattar pula mengimbas satu ungkapan P.Ramlee: " Dia (P.Ramlee) pernah berkata kepada saya, seni beliau bukan kerana wang, tetapi seni kerana masyarakat."
Jadi jika digabungkan kedua kata-kata itu dapatlah kita simpulkan P Ramlee sememang mencurahkan jiwa dan raganya kepada seni dan ingin melihat seni yang berkualiti itu terus melekat di hati pendengar dan penonton buat selama-lamanya.
Dan untuk anak seni zaman sekarang, apakah yang sepatutnya dilakukan untuk mengenang jasa dan pengorbanan anak jati kelahiran Pulau Pinang itu?
Salah satunya adalah yang sedang diperjuangkan Datin Seri Tiara Jacquelina. Beliau berjaya mengumpul barisan karyawan seni tempatan dari kalangan penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik, penari dan pereka set untuk mementaskan Muzikal P.Ramlee di IB ketika ini. Di situlah kita dapat mengimbas perjalanan hidup P.Ramlee sambil menikmati alunan lagu-lagu yang sinonim beliau dan isterinya, Puan Seri Saloma.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak semua pengunjung portal ini menghadiahkan doa dan Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham terus dicucuri rahmat. Amin...
Kronologi peristiwa menarik dalam diari Hidup P Ramlee
1929
1945
1947
# Menjadi Juara Pertandingan Seni Suara Radio Malaya, Pulau Pinang.
1948
# Berpindah ke Singapura untuk mengejar cita-cita dan impian menjadi bintang filem dengan menyertai Malay Film Productions (MFP) - Shaw Brothers pada 8 Ogos.
# Muncul di layar perak buat pertama kalinya menerusi filem berjudul Chinta bersama Siput Sarawak pada 31 Oktober.
1950
# Berlakon dalam filem Rachun Dunia, Bakti, Takdir Ilahi dan Aloha. # Filem yang sudah dilakonkan pada tahun sebelumnya termasuklah Noor Asmara, Nasib dan Nilam.
1953
# Mendapat anak pertama Mohammad Nasir hasil perkahwinannya dengan Junaidah.
# Muncul dalam filem Putus Harapan, Ibu, Hujan Panas dan Salah Siapa.
1954
# Bercerai dengan Junaidah Daeng Harris.
# Tampil dalam filem Panggilan Pulau, Perjodohan dan Merana.
1955
# Berlakon dalam filem Abu Hassan Penchuri.
# Buat pertama kalinya P Ramlee diberi peluang mengarah filem pertama yang dilakonkannya sendiri, Penarik Becha.
1956
# Berlakon dalam filem warna-warni klasik, Hang Tuah.
# Memperolehi anugerah Skor Muzik Terbaik bagi filem Hang Tuah dalam Festivel Filem Asia di Hong Kong.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Semerah Padi dan Anakku Sazali.
1957
# Mengarahkan filem Panca Delima.# Mengarah dan berlakon dalam filem Bujang Lapok.
1958
# Menerbitkan isu pertama Majalah Gelanggang di bawah syarikat Penerbitan P Ramlee.
# Mengarah dan berlakon dalam filem Sumpah Orang Minyak.
# Menang anugerah Fotografi Hitam Putih Terbaik bagi filem Sumpah Orang Minyak dalam Festival Filem di Manila.
# Pengarah bersama dan berlakon dalam filem Sergeant Hassan
1959
# Mengarah dan berlakon dalam filem Nujum Pa' Belalang.
1960
# Mengarah dan berlakon dalam filem Antara Dua Darjat.
1961
# Mengarah dan berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok. # Berkahwin dengan Salmah Ismail atau Saloma pada 21 November 1961.
1963
1964
# Menang Filem Komedi Terbaik dalam filem Madu Tiga di Festival Filem Asia di Taipeh.
# Berpindah ke Kuala Lumpur untuk menyertai Merdeka Film Studio.
# Mengarah dan berlakon bersama dalam filem Sitora Harimau Jadian.
1965
# Mengarah dan berlakon dalam filem Masam Masam Manis, Ragam P Ramlee dan Minta Nombor Ekor.
# Filem Minta Nombor Ekor digam Kerajaan Malaysia.
1966-1969
1970
# Menubuhkan Perusahaan Filem Malaysia Sdn Bhd (Perfima) bersama HM Shah.
# Bermulanya zaman kejatuhan P. Ramlee selepas berhijrah ke Kuala Lumpur.
1971 - 1972
1973
# P Ramlee meninggal secara mengejut akibat serangan sakit jantung pada 29 Mei 1973, kira-kira
jam 5.30 pagi.
#076 Masa Depan ?
Sunday, May 22, 2011 micosey admal, aku, dunia, hidup, kecewa, kerajaan, manusia, sedih, suka
DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA TIDAK BERJAYA .. . . .. .. . . .
aku mendapat mesej ini setelah check keputusan UPU dan juga keputusan POLITEKNIK. satu pun aku tak dapat. dugaan... dugaan. tidak mengapa. sememangnya dah jangka benda ni akan berlaku padaku.
aku hanya mendapat tawaran tingkatan enam ke SMK PERLIS mengikuti pengajian sains.
kekecewaan ini berturut-turut dengan kekecewaan aku untuk menggapai cita2 sebagai seorang juruterbang komersial apabila aku MENDAPAT surat tawaran daripada APFT ( ASIA PACIFIC FLIGHT TRAINING ) dan juga APPROVAL daripada DCA (DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION) ,malang sekali masalah kewangan melanda diriku apabila aku perlu membayar yurang pengajian sebanyak RM 235 000.00.banyak kan ?
aku memang dah jangka kos sebanyak ini dan dah memang ku rancang nak apply pinjaman MARA,namun aku dikecewakan dengan " dik,kak minta maaf,MARA x buka loan untuk FLYING SCHOOL tahun ni.TAHUN lepas ada la... tahun ni tak ada "
ok! apa perasaan hampa semua bila dengar ayat tersebut jika anda berada dalam posisi aku ?
tapi x mengapa. aku sabar. biarkan. kita lihat sejauh mana nasib aku jadi begini.
sekarang,aku ditawarkan ke ADMAL AVIATION COLLEGE - satu kolej di bawah UNIKL MIAT.
aku tidak menjadi pilot cuma masih dalam lingkungan penerbangan. setelah aku menghadirkan diri untuk temuduga bagi memasuki MIAT,MIAT menghantar aku ke ADMAL. mungkin aku x sebaik yang lain untuk menapakkan kakiku ke MIAT. tak pa. aku akan berusaha bersungguh-sungguh di sini. aku nak tebus segala jenis kekecewaan yang aku alami sekarang. bukalah pintu rezekiku di sini Ya ALLAH...
aaku ditawarkan kos pilihan pertama iaitu DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY OF AEROPLANE MAINTENANCE. kampusnya dekat dengan MIAT jugak,tetapi di Sepang! :)
http://www.miat.unikl.edu.my/v2/ - MIAT
http://www.admalcollege.com/cms/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=58 - ADMAL
respons needed.. Chill yo!! :)
#074 Minyak naik lagi!!!!!!!!!!
Wednesday, May 4, 2011 micosey aku, harga, minyak, sedih, suka
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Bulan lalu, harga petrol RON 97 .....................
sambung pembacaan anda di
http://www.malaysiakini.com/news/163255
respons needed.. Chill yo!! :)
#072 Dengki,Mengata Sesama Kita
Tuesday, May 3, 2011 micosey agama, aku, becok, sedih
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis riwayat Abu Daud)
“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”.
http://anaylli.blogspot.com/2011/05/cerita-budak-sekolah-1.html ( ada gambaq aku tang nie!! mai baca!! )
respons needed.. Chill yo!! :)
#071 Cabaran Dunia
micosey aku, bangang, becok, bodoh, hidup, mulut, sedih, suka
Kenapa ya? Saya sebenarnya kadang2 rasa kurang selesa bila nampak status2 yg mengata org secara keterlaluan di facebook (kadang-kadang ada jugak yang kata saya sendiri ). Bukan sekali tapi berkali2, adakah org tu mempunyai orang sekeliling yang begitu teruk sampai hari2 nak kena sumpah seranah orang. Adakah dia terlalu perfect sampai most people around he/r serba tak kena.
I was thingking of deleting he/r from my friend list, not because i hate he/r, just tak mau baca he/r status. Dulu dia takla selalu mcm ni, adakah kerana sekarang dia dah hidup mewah (dan pandai) maka jadi begini. Mmm ntahla. It 's really annoying to see he/r status yg selalu mengutuk orang. I know everyone in this world mesti mengata org kan, but come on, takkan hari2 and this is for myself too, kalau boleh i tak mau dah mengata bad things about other people, because nobody perfect in this world. I just hope that s/he will change.
jangan pandang rendah pada orang yang tak sepandai,seKAYA,setinggi awak. . :)
#067 Serangan Politik atau Kebenaran ?
Wednesday, April 27, 2011 micosey aku, duit, dunia, gembira, politik, sedih
respons needed.. Chill yo!! :)
#066 Cita-Cita
Wednesday, April 13, 2011 micosey aku, hampa, hidup, kecewa, sedih
tajuk yang kecil lagi ringkas
CITA-CITA
apa cita cita kita sebenarnya ? lain orang lainlah cita-cita mereka bukan?
aku nak cerita la sikit pasal cita cita aku.
dulu,masa kecik2 (Darjah 6) aku nak jadi lawyer aka peguam .
nak bela orang. itu dulu..
tapi aku pikir pikirkan balik,aku nak jadi pilot iaitu juruterbang,
setelah sekian lama aku menaruh harapan yg tinggi untuk menjadi pilot..
aku buat research sana sini. bertanya pada bermacam-macam orang. ada yang menyokong ada yang tidak kerna kos menjadi pilot mencecah ratusan ribu utk mendapatkan lesen cpl/ir
walaupun keputusan spm aku kurang memuaskan,namun aku apply jugak pilot.
akhirnya aku mendapat surat tawaran yg menyatakan aku layak untuk ke akademi tersebut.
beberapa proses telah ku jalani. malangnya,pinjaman yang aku nk buat tidak dibuka pada tahun ini iaitu pinjaman pendidikan skolah penerbangan MARA
tahun lepas ada,tahun ni xda? begitu sedih dan hampa aku rasa.
apalah nasib orang miskin sperti aku.
mungkin aku hendak menggapai cita2 yang terlalu tinggi lalu menghampakan aku.
begitu sedih hati ini tiada siapa yang tahu mereka hanya tahu kata ada hikmah disebalik yg berlaku.
namun hati yg sakit ni sukar menerima kenyataan.
bertahun-tahun aku mendalami bidang ini.
tak apa lah aku reda. hari ini pulak,aku dapat approval letter daripada dca iaitu department of civil aviation malaysia yang menyatakan bahawa mereka menerima aku untuk menjadi student di sekolah penerbangan. luka tersebut berdarah kemballi kerna membuatku terkenang kisah lalu.
:((
respons needed.. Chill yo!! :)
#063 When will we ever change ???
Friday, March 4, 2011 micosey aku, kecewa, malaysians, sedih, summons
And why not? It's always good to take advantage of leniency, to continue living by the 'I'll do it tomorrow' ethos.
After all, it's not their fault that they are stuck in long queues or are frustrated by their inability to log onto a website to settle the fines because the system came crashing down, as they, and thousands of like-minded individuals, preferred to wait for the 11th hour to do something.
The authorities did say that the last day was Feb 28, so they must not be wrong for settling their fines in the last couple of days.
Obviously, one could not find the time, you know, since August, to do so.
And it is not fair for them to be blacklisted because they had put off settling the fines until the last week.
The government, though, is caught between a rock and a hard place, especially in the current political climate.
To put its foot down, even if it is for the good of the rakyat, means to incur the wrath of the people.
Which government wants that?
At the end though, can procrastinators ever be reformed?
Will they apply their philosophy to other aspects of life?
A full medical check-up? No pain yet, some other time. Service the car? There are no strange sounds, maybe after the next 1,000 kilometres.
The truth is, if we don't change, procrastinators will only learn when it is too late.
And when that happens, who will they blame?
#062 Sudirman Haji Arshad dalam kenangan (25 Mei 1954-22 Februari 1992)
Tuesday, February 22, 2011 micosey aku, artis, lagu, sedih, sudirman
JIKA tidak menyanyi insan ini mungkin menjadi seorang peguam. Tetapi, rezekinya bukan di bidang perundangan - membela orang yang memerlukan bantuannya. Takdirnya menjadi penghibur rakyat - menyampaikan mesej dalam bidang seni. Itulah Penghibur No Satu Asia - Sudirman Haji Arshad.Sudirman anak pasangan Romlah Dahsln dsn Arshad Hassan selamat dilahirkan ke dunia pada hari Rabu, 12 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh Pahang. Sudirman adalah anak bongsu
daripada enam adik beradik. Saudaranya yang lain ialah Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini
Ayah dan ibunya bukan calang-calang orang.Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik. Dia pernah menjadi Ketua Wanita Umno Pahang Selatan dan wakil rakyat pertama bagi kawasan Temerloh pada 1955. Bapanya pula pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik
Zaman remaja Sudirman agak pilu apabila ibu tempatnya menumpang kasih meninggal dunia pada 1959 di usia muda 32 tahun kerana mengidap kanser. Pada waktu itu Sudirman baru berusia lima tahun. Bayangkan perasaannya yang masih kecil ditinggalkan ibu tercinta ketika baru hendak bernanja.
Bapanya kemudian bernikah dengan Mariam Mohammad. Kepada Mariamlah Sudirman dan adik beradiknya menumpang kasih sebagai ibu. Ayahnya kemudian menyusuli Romlah berpulang ke rahmatullah pada 1986.
Sudirman memulakan persekolahnya pada1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM (Institut Teknologi Mara kini Universiti Teknologi Mara) dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimanapun, dia menolak tawaran itu.
Pada 1976, Sudirman melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, dia masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya.
Pada 1980 Sudirman menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Pada 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
Pengiktirafan itu juga Sudirman digelar The Singing Lawyer.
![]() | |||
| antara gambar kenangan |
![]() | ||||||||||||
| kenangan salah seorang peminat dengan sudir |
![]() | ||
| tandatangan buat seorang peminat |







