Pages

admal

#081 AirAsri dan Licensed Aircraft Maintenance Engineeri (LAME)

Monday, June 13, 2011 micosey , , , , ,

Sebenarnya saya pernah apply ke Malaysia Institute of Aviation Technology (MIAT)
saya berjaya ke sesi temuduga di kampus Unikl MIAT,di Dengkil.
well,masa tu saya tak tau lagi bahawa flow untuk menjadi seorang jurutera dalam bidang penerbangan tidak seperti bidang kejuruteraan yang lain. banyak tahap yang perlu dilalui. biasalah,menjadi LAME merupakan satu perkara yang penting,ibarat sesuatu keputusan yang kita putuskan berkaitan dengan nyawa manusia.betapa mulianya kerjaya ini apabila tugas seorang LAME untuk menjaga 'kesihatan' sesebuah pesawat dari segi mekanikal atau elektrikal. segala-galanya.
banyak maklumat yang saya dapat daripada AirAsri sebelum ke sesi temuduga. banyak pengalaman dikongsikan bersama. memang baguslah senior di MIAT ini.
malangnya,saya tidak terpilih bagi meneruskan pelajaran ke MIAT tetapi hanya sekadar ke ADMAL yang sekarang ini masih baru dalam industri ini. banyak lagi yang ADMAL perlu lakukan untuk menjadi sebuah Training College yang mendapat Approved Training Organization (ATO) daripada Department Civil Aviation (DCA).

berikut merupakan cara-cara untuk menjadi seorang  LAME

Jalan Menuju ke LAME

sila baca lampiran AN 1101

LINKS -
1. AIRASRI - blog pelajar MIAT (banyak info menarik)
 
2.Department Civil Aviation- maklumat berkaitan penerbangan MAlaysia


3.Unikl MIAT

respons needed.. Chill yo!! :)

1

#076 Masa Depan ?

Sunday, May 22, 2011 micosey , , , , , , , ,

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA ANDA TIDAK BERJAYA  .. . . .. ..  . . .

aku mendapat mesej ini setelah check keputusan UPU dan juga keputusan POLITEKNIK. satu pun aku tak dapat. dugaan... dugaan. tidak mengapa. sememangnya dah jangka benda ni akan berlaku padaku.
aku hanya mendapat tawaran tingkatan enam ke SMK PERLIS mengikuti pengajian sains.
kekecewaan ini berturut-turut dengan kekecewaan aku untuk menggapai cita2 sebagai seorang juruterbang komersial apabila aku MENDAPAT surat tawaran daripada APFT ( ASIA PACIFIC FLIGHT TRAINING ) dan juga APPROVAL daripada DCA (DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION) ,malang sekali masalah kewangan melanda diriku apabila aku perlu membayar yurang pengajian sebanyak RM 235 000.00.banyak kan ?
aku memang dah jangka kos sebanyak ini dan dah memang ku rancang nak apply pinjaman MARA,namun aku dikecewakan dengan " dik,kak minta maaf,MARA x buka loan untuk FLYING SCHOOL tahun ni.TAHUN lepas ada la... tahun ni tak ada "
ok! apa perasaan hampa semua bila dengar ayat tersebut jika anda berada dalam posisi aku ?

tapi x mengapa. aku sabar. biarkan. kita lihat sejauh mana nasib aku jadi begini.
sekarang,aku ditawarkan ke ADMAL AVIATION COLLEGE - satu kolej di bawah UNIKL MIAT.
aku tidak menjadi pilot cuma masih dalam lingkungan penerbangan. setelah aku menghadirkan diri untuk temuduga bagi memasuki MIAT,MIAT menghantar aku ke ADMAL. mungkin aku x sebaik yang lain untuk menapakkan kakiku ke MIAT. tak pa. aku akan berusaha bersungguh-sungguh di sini. aku nak tebus segala jenis kekecewaan yang aku alami sekarang. bukalah pintu rezekiku di sini Ya ALLAH...
aaku ditawarkan kos pilihan pertama iaitu DIPLOMA IN ENGINEERING TECHNOLOGY OF AEROPLANE MAINTENANCE.  kampusnya dekat dengan MIAT jugak,tetapi di Sepang! :)

http://www.miat.unikl.edu.my/v2/ - MIAT
http://www.admalcollege.com/cms/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=58 - ADMAL



respons needed.. Chill yo!! :)

12

« Previous Posts

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.