Pages

#102 Antara kesan Ramadan padaku

Wednesday, July 27, 2011 micosey , , ,

Ramadan,bulan yang mulia.
banyak iktibar yang boleh kita dapat ketika bulan ramadan.
baiklah,tak perlu aku berhujah panjang,cuma aku ingin tekankan pada satu perkara ini. hingga kini,aku masih rasa bersalah ,sedih .
aku pernah post sebelum ini,anda boleh lihat di SINI .
erm,sebenarnya, disebabkan keseronokan yang aku nakkan,aku lupa pak ngah aku yg terlantar sakit di hospital. pada mulanya tidak serius,namun disebabkan kejahilan aku,aku tak pergi melawat dia bersama bapaku dan adikku petang itu kerana aku hendak ke bazar ramadan dengan kawan2.
aku langsung tak melawat dia yang banyak berjasa pada aku!! kenapa aku begitu jahil ketika itu ??
dia yang telah pergi ,tak mungkin akan dapat kembali. tak mungkin aku dapat menjenguk dia lagi. beberapa hari dia terlantar di hospital pada bulan ramadan. aku cuma pernah pergi sekali ja. ! T_T
aku mengaku,rasa bersalah tetap terpahat dalam hati aku!
suatu ketika dulu,aku pernah ditimpa penyakit serius.
aku dibawa ke Kedah Medical Center oleh ibu bapa aku untuk rawatan pakar. penyakit aku ketika itu agak serius.
apabila aku pulang,pak ngah aku merupakan salah seorang yg ternanti nanti kepulangan aku untuk bertanya khabar.
malamnya pula,dia datang melawat lagi.
setiap petang,dia akan datang. malangnya,ketika dia sakit,aku tak ergi menjenguk dia. jarang-jarang sekali aku pergi hingga lah hembusan nafas yang terakhir.
aku sentiasa doakan agar dia sentiasa di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
aku terhutang budi dengannya. aku terlalu jahil hinggakan melebihkan keseronokan aku sendiri tanpa pergi menziarahnya yg mungkin menunggu kedatanganku!
maafkan saya pak ngah. :(
selepas pemergian beliau,aku rasa sangat bersalah.
dan melaluinya,aku belajar sesuatu. pentingkan orang yang mementingkan kita daripada mementingkan diri sendiri .
maaf,tak dapat aku sambung lagi entri ini.

Al-Fatihah .

3

#101 Cinta pada semua

micosey , , , ,

Hati ini laksana lautan yang dalam,
Bergelora berkocak tanpa sebarang sempadan,
Dalamnya luas, tiada yang mampu teroka,
Kerana airnya dalam, sukar diduga.
Bila mana manusia cuba mencari cinta,
Tersepit diantara suka dan duka,
Apakah ini cinta sepenuh jiwa,
Yang menjanjikan jaminan bahagia semata.
Bila hati berombak bergelora mencari makna suci,
Tersepit diantara cinta manusia dan cinta Illahi,
Apakah ia dikira musyrik,
Tidak membeza yang mana yang perlu dicari.
Kerdilnya manusia, bila ia diuji,
Karam di tengah lautan yang tak bertepi,
Kerana tiada yang mampu mengajari,
Hanya Dia, yang mampu tunjuki.


Bila dirasa cinta itu suci,
Salahkah ia mencari cinta insani,
Lumrah manusia memang tidak boleh lari,
Kerana itu dijadikan perempuan dan juga lelaki.

Cinta bagaimana yang dikira suci?
Cinta Rabiatul pada Allah yang Maha suci,
Atau cinta suami kepada isteri?
Mungkin juga cinta anak kepada penawar hati?
Yang mana yang mesti dicari?
Andai diri tak punya kekuatan imani.

Bila mana ditolak hati ini ini pada alam duniawi,
Menutup terus dari dinodai,
Yang diyakini cinta agung pada Dia yang suci,
Kekosongan jiwa semakin dirasai,
Lantaran ramai yang masih terus menyayangi dan disayangi,
Kerana kita tidak mampu untuk terus berseorang diri.

Ku dambakan hanya
lah cinta Illahi,
Tidak dinafi cinta mereka yang disanjungi,
Namun salahkah aku, wahai Rabbul Izzati,
Dalam diri, dikongsi cinta Engkau dan cinta insani,

Aku syirikkah, aku munafikkah?
Gerun aku bila memikirkan masalah,
Bila ia berkait dengan jiwa yang resah,
Tanpa petunjuk, Allah yang maha Gagah,
Aku sentiasa buntu umpama bayi yang lemah.

Dikala mencari, ku temui suatu hikmah,
Manusia dijadikan sebagai makhluk yang indah,
Dibezakan dan diberi rahmah,
Kerana itu diberi perasaan yang gentar dan gundah,
Bila dicari suatu yang tidak pernah diubah,
Yang diharap dapatlah ia terus berada di jalan yang diamanah.


Cinta,suatu rasa yang lahir dari suara hati kecil ini yang mengatakan;- bukanlah ia dinamakan indahnya cinta, andai kita tidak pernah digoda, laksana lautan yang tenang seketika, sebelum dilanda tsunami yang punya kuasa. Bila mana cinta di’dunia’kan, manusia lalai dan juga leka, kerana disangka itulah ia, suatu permata yang hilang seketika. Namun adakah mereka punya rasa, pada mereka Allah yang punya kuasa, dimana cintanya kita pada DIA, sekali pun dicari tak dijumpa. Renungan dan juga persoalan yang semakin ku temui suatu jawaban. Sesekali ku bukanlah punya pengertian tapi dilanda suatu rasa yang penuh ujian. Dimana rasa kecintaan pada Tuhan yang Maha Esa? Selagi diri dipenuhi cinta dunia. Dimana puji dan syukur kita? Selagi hati sentiasa lalai dan lupa.
Sengaja saya postkan kata dan juga persoalan, agar dapat dikongsi bersama sahabat yang punya hati dan rasa. Mengapa dikejar hakikatnya cinta, sedangkan kita tidak pernah menyucikan jiwa, tidakkah kalian semua gentar, bila disekutukan cinta manusia dan cinta DIa.

Kembalikanlah diri kita pada Dia, semoga kita semua bersatu dibawah kepercayaan pada yang Maha Esa, ku bimbangi bukanlah hukum semata, tetapi kedudukan kita suatu masa, bila jiwa tidak lagi bernyawa, bila hati tidak lagi punya rasa, bila roh tidak dibumi yang seketika, apakah kita masih punya masa, kembali kepada suatu akidah yang dicinta, yang dipelihara dan dijaga, kerana itu teruslah berusaha…(selamat mencari kecintaan yang didamba)
#Kita (umat Islam) selalu berpecah dan berbalah, kerana disangka merekalah mulia, menidakkan mereka yang berbeza cara, tapi sedarkah mereka dalam alam dunia yang fana, tiada yang mampu menghukum suatu jiwa selain Allah yang Maha Kuasa. Teringat saya pada kata-kata syeikh Fuad bilamana menerima ijazah hadis Musasal bil Mahabah selepas tamat satu kitab yang disyarahkannya, HUKUM DITEGAKKAN TAPI ALLAH DITINGGALKAN, SUNNAH DIHIDUPKAN TAPI NABI DIKETEPIKAN.. Omongan kosong mereka yang tak punya jiwa , dikata punya kasih dan juga sayang, padahal diri tidak pernah cuba untuk digoda, kerana dirasa mereka sudah punya iman.
(Pesanan buat mereka yang bergelar daie, pendakwah muda yang angkuh dan takkabaur, menidakkan ulama yang mulia, yang bersangka merekalah yang punya rasa, padahal jahil murakkab yang tidak pernah ditanya)

namun,aku ini insan biasa,mudah tertarik pada wanita,dan hingga kini,waalaupun aku tahu aku takkan dapat memilikinya,aku masih x dapat lupakan dia! sengsara jikalau begini! T_T


respons needed.. Chill yo!! :)

18

#0100 Semua Tentang Cinta

Sunday, July 24, 2011 micosey , , ,

Cinta itu ibarat sebuah komputer
Kadang-kadang hang,kadang-kadang laju
Kadang kena format,kadang-kadang ada virus
Tapi jika semuanya dijaga rapi ianya akan memudahkan kerja

Cinta itu boleh diibarat rumah
Dindingnya harus dicat bagi menampakkan keserian
Tiangnya harus kukuh
Bumbungnya harus tidak bocor.

Cinta itu bak pohon berbuah
Makin rendang,makin redup
Makin dibaja,makin subur 

respons needed.. Chill yo!! :)

0

#099 Kayak dan Kayak

Wednesday, July 20, 2011 micosey , , , ,

kayak.. hahahahah
kalau kawan2 aku yg kenal aku,sure depa ( mereka ) tau bahawa aku ni tak layak main kayak.
kenapa ? sebab aku tak reti berenang! haha ( tak malu bagitau orang kau x reti berenang ? )
sesungguhnya,buat apa kita nak malu bagitau orang kan ? at least,bila orang tau,maybe diorang kenal aku dan bila diorang nampak aku terjatuh dalam air,diorang tahu yang aku tak tahu berenang malah mungkin diorang akan selamatkan aku.
(kenapa aku guna diorang ? ) sebab ramai kawan2 di johor tak faham apabila aku cakap 'depa' ..heheheh
hurmm.. memang 'practice makes perfect' . dulu masa aku tingkatan 3 dan 4,aku banyak berlatih kayak di sungai bersebelahan rumah ku,yang agak dalam dan deras arusnya. tak percaya ? jom ah p rumah aku!
dan beberapa pertandingan kayak aku sertai melalui beberapa gerakan di kampungku seperti open tournament kalau tak silap di langkawi ketika aku tingkatan 4,juga 2 events di sebuah tasik di jitra.
memang aku tak tahu berenang. serious. mungkin dahulu aku berani sebab aku masih dianggap budak2 lagi dan mungkin perhatian yg diberikan pada budak2 ketika berada di air lebih tinggi,so aku xdalah takut sangat.

namun apabila aku berada di uthm,aku seperti dewasa. mampu buat segalanya secara sendiri dan sebagainya.
ini yang aku takut. haihh
so,di uthm,aku makin menjadi jadi main kayak kat sini. 'main' ja okay,bukan 'training' (aku bukan atlet) .. hahaha
so,ada la beberapa otai kayak iaitu atlet kayak uthm yang sangat ramah dan baik...
bro eddy,bro hakim dan bro jack.. serta bro jan.. diorang ni banyak bantu aku belajar pasal kayak,skills yang betul dan fitness.. hehe
kiranya macam jurulatih lah. haha
di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang yang sudi membantu aku ketika aku 'tenggelam' di tasik apabila kayakku terbalik. almaklumla,aku pakai TK1,sit K1,kalau tak silap aku. sit yang membuatkan aku susah nak balance kan diri. kebanyakan sit tersebut untuk professional dan race dan selalunya digunakan untuk kayak K1.
harap2,aku dapat lebih serius dan dapat meneroka lebih dalam mengenai kayak di uthm nie.! atlet mungkin ? hahaha ( sila belajar berenang dulu !! )



K1 - selalunya digunakan dalam race

TK1 - training.belajar

p/s : sebarang kesilapan info harap maaf yer. sila betulkan dengan post komen kat bawah! :)
respons needed.. Chill yo!! :)

4

#098 Penyumbang Traffic aku!

micosey , , , ,

salam 1malaysia.
cewahh.. hari ini aku mulakan dengan salam satu malaysia ? apa ke halnye ? hahah
sebenarnya begini.. aku baru ja check traffic source aku yang agak tinggi datang daripada beberapa blog yang tinggi trafficnya.
aku tak tahu kenapa ramai datang daripada situ..ehehe
tapi sebagai penghargaan aku kepada semua penyumbang2 traffic aku,aku buat post ini just untuk diorang. so,aku harap korang dapat view dan komen2 lah blog orang2 yang aku bakal 'link' kan nanti.
sesungguhnya kita sebagai seorang blogger,terutamanya blogger baru,amat mengharapkan traffic yang tinggi yang datang daripada blog ternama atau yang dah tinggi trafficnya selain daripada kita promot aja di fb. kan kan kan ?
tak perlu cakap banyak,inilah yang aku dapat hasil blogwalking,komen dan juga hubungan baik sesama blogger.

seminggu punya traffic source
links - http://chedet.cc/blog/?p=547 

 http://ezmaliza.blogspot.com/

http://dr-mfs.blogspot.com/

http://ceritahatihusna.blogspot.com/

respons needed.. Chill yo!! :)

2

#097 Cabaran Hidup

Monday, July 18, 2011 micosey , , , ,

Hidup x mudah untuk digambarkan.
percayalah,hari demi hari hidup anda akan menjadi semakin susah dan susah dan susah melainkan anda merupakan seorang yang tak pedulikan pada masalah yang berlaku.
tak apalah,lain orang,lain jalan hidupnya. sudah semestinya,qada dan qadar telah menentukan segalanya. namun,usaha diperlukan dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini.
hari ini beberapa perkaa besar telah ebrlaku padaku.


1.  aku dimarahi seorang perempuan yg pada aku seorang yg lemah lembut dan baik (ini bukan ayat bodek )
tapi mungkin disebabkan perangai aku yg always nak 'joke' aja di mana2,telah membuatkan dia terasa hati dengan ayat2 yg aku keluarkan. sorry,aku tak berniat nak kata apa2 pasal tu. aku cuma nak melawak. mungkin aku x kenal hang sangat,tetiba ja buat lawak bodoh kat situ,itu yg menyebabkan hg sakit hati.. aku minta maaf sekali lagi dan lagi dan lagi.. sesungguhnya,satu perasaan yg amat teruk apabila kita dimarahi seseorang  tidak kira siapa pun.:((
IM SO SORRY!! :( 


2. aku mendapat jemputan ke satu event besar bersama perdana menteri sabtu ini di perlis ,malangnya aku berada di johor belajar.. cuti aku seminggu selepas event tu berlangsung.omaigod. mungkin ramai antara kita yg benci PM Najib,tapi it's still my pleasure to see him. it;s not easy to be a PM. and because of him,we still live peacefully in a country named malaysia. kita tak dapat nak penuhkan harapan setiap orang. seperti aku,aku tak dapat nak penuhkan segala harapan yang kawan2 berikan padaku,ridak semua mampu ku penuhkan,kerana aku manusia biasa. begitu juga pm,dia juga manusia dan dia juga melakukan kesilapan. bagi aku,kita tidak patut menilai seseorang melalui kesilapan yg dilakukan namun kita nilai berdasarkan apa yg telah dia lakukan dan apa yang bakal dia lakukan.

itu ja. malas cakap banyak. sekarang aku on training for kayak. training aje la. sure x dapat wakil uthm punya. haha :)


respons needed.. Chill yo!! :)

0

« Previous Posts Next posts »

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.