Pages

bangsa

#116 Selamat Hari Raya Aidilfitri & Salam Merdeka

Sunday, August 28, 2011 micosey , , , , , ,

Ini cubaan kedua dengan bantuan Bang Mirul . Khas untuk semua.


Bertuahnya Malaysia hari ini apabila Hari Raya Aidilfitri disambut dengan kehadiran bulan kemerdekaan!
Tahun ini,pertama kali aku merasa balik kampung dalam mood raya. kenapa ? sebab sebelum ni kedua-dua kampung aku dalam satu negeri yang sama iaitu Perlis. So mood balik kampung tu tak ada lah sangat. hehhe
Nak dijadikan cerita,kali pertama membeli tiket bas raya ..

Read more »

4

#043 Negara lain pun ada ketuanan mereka

Wednesday, December 22, 2010 micosey , , ,

Berdasarkan research di google,ini yang saya dapat. sedikit sebanyak boleh membantu anda. 
Semua bangsa yang berdaulat tetap mempertahankan ketuanan bangsa mereka. Musuh bangsa atau bangsa yang lemah yang mudah ditipu sahaja tidak mengenali kebenaran dan ketuanan bangsa mereka. Malah bangsa yang menentang bangsa sendiri tidak sedar mereka adalah pengkhianat dan agen tak rasmi bagi suara musuh yang licik penuh tipuhelah.
Bangsa Jepun tetap menjadikan Jepun sebagai supremacy dan kecintaan kepada bangsa dan tanah air mereka terus sampai sekarang, itulah punca keyakinan, sikap kreatif, perjuangan, membangunkan negara dan keberanian mereka dalam peperangan dan perniagaan. tiada musuh atau bangsa lain berani mencabar ketuanan Jepun di dalam negara mereka.
Bangsa English telah mewariskan generasi mereka sejarah dan nasihat berguna untuk generasi bangsa english mereka, mereka dalam kesetiaan dan kebanggaan bangsa dan bahasa yang sangat tinggi.
hari ini masyarakat dunia mengiktiraf bahasa dan bangsa english sebagai hebat. syarikat multinasional english menguasai dunia, kita orang bukan english juga sangat mahir dalam sastera dan bahasa english.
Oleh yang demikian kenapa pula isu ketuanan Melayu dikritik sedangkan ketuanan Jepun, Korea, China, India, English, Norwegian, Spanish dll tidak berani dicabar secara terbuka dinegara mereka?
Isu bangsa adalah relevan sebagaimana bangsa Jepun di Jepun dan Bangsa English di England Korea di Korea Bangsa Cina di China/Taiwan dan Singapore. India di India. Bangsa Thai diThailand, Bangsa Melayu di Malaysia atau nama lamanya Persekutuan tanah Melayu.
Semua negara bangsa di dunia adalah berhak untuk bangsa mereka.sebagai tuan dan pemimpin. orang England, Norwegian, Danish, Spanish, Yahudi, Thailand, Orang India dan orang china di negara mereka tetap merupakan tuan bagi tanahair mereka,
saudara-saudari sekalian sekarang zaman moden sofisticated, Isu bangsa adalah perkara dan undang-undang semulajadi manusia.
dalam al quran ada menyebut penciptaan manusia dan bangsa-bangsa sebagai satu tujuan untuk berkenalan.
hadis nabi juga menjelaskan tentang kewujudan dan ketuanan bangsa arab dan bangsa yahudi sebagai satu kewujudan semulajadi. bukan untuk dikonflikan.
Yang patut kita timbulkan dan perbincangkan adalah isu menegakan kebenaran, kebajikan, ketaqwaan, kecekapan, hak, keadilan, banteras penyelewengan bukan isu bangsa.
bukan semua bangsa cina jahat dan penipu, bukan semua bangsa india pembelit dan bengis dan begitu juga bukan semua bangsa melayu rasuah dan lemah.
janganlah para pemimpin politik ghairah nak mempertikaikan ketuanan bangsa melayu- KERANA ia melibatkan perlembagaan - raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, hak istemewa, tanah rezab, seolah mereka lupa mereka berada dibawah ketuanan raja melayu sebagai raja berpelembagaan, bahasa melayu, hak istimewa melayu yang tercatat dalam perlembagaan negara,
BERHENTILAH DAN FIKIRLAH BANYAK MANA PELUANG, PEKERJAAN, KEKAYAAN DARI BARANGAN YANG BANGSA-BANGSA LAIN PEROLEHI DI SEBABKAN OLEH PEMBELI DAN PENGUNA BANGSA MELAYU YANG MEMBELI DIKEDAI DAN MEMBELI RUMAH YANG DIBINA OLEH BANGSA CINA.
PERTIKAIAN ISU INI BOLEH MENYEBABKAN MENINGKATNYA PERASAAN BENCI DAN MARAH BANGSA MELAYU KEPADA PEMIMPIN POLITIK BERBANGSA LAIN.
OLEH ITU SEGALA USAHA PERPADUAN PERLU DITERUSKAN OLEH BANGSA CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN BUKAN SAHAJA BANGSA MELAYU. BUKTIKAN KESETIAAN ANDA SEBAGAI WARGANEGARA!!
selama ini tiada seorang bukan melayu seperti orang cina, india, arab, jepun, korea, english,norway, amerika, swiss, german, dan lain bangsa tidak mendapat layanan sebagai rakyat malaysia sekiranya mereka rakyat Malaysia.. malah mereka memiliki hartanah, kekayaan, perniagaan, pekerjaan, rawatan kesihatan, pendidikan, kenderaan, melabur dan memiliki pelbagai kelebihan sebagai rakyat Malaysia.



respons needed.. Chill yo!! :)

0

#042 Ketuanan Melayu

micosey , , , ,

Saya ingin membuka minda orang melayu agar bumi yang dipijak ini (tanah air tercinta) tidak tergadai dek kerana politik. Berdasarkan research saya menggunakan google~


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.
Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.
Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan ‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa Negro’.
Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.
Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi ‘hamba’ kepada siapa.
Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi nyata.
Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu adalah hamba.

Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan, memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang mempunyai Raja.
Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.
Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh serta sentiasa bertolak ansur danberalah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa yang menjadi rakyat di negara ini.
Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang dikunjunginya.
Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.
Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar ketuanan Melayu.
Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan Melayu.


respons needed.. Chill yo!! :)

0

« Previous Posts

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.