Pages

akhirat

#103 Amalan Sunat Ramadan

Wednesday, August 3, 2011 micosey , , , ,

Sedar atau tidak kita kini dah berada dalam bulan Ramadhan. Sudah tentu semua yang beragama Islam wajib berpuasa. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak buat semua yang beragama Islam. Semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ini. Ni nak kongsi dengan anda semua amalan sunat ketika berpuasa ! :)


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Read more »

0

#083 Kelebihan Al-Fatihah

Sunday, June 26, 2011 micosey , , , , , ,

  setelah pembacaan aku tadi berkaitan kelebihan al fatihah,jadi aku nak kongsi dengan semua.


Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah Al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w, beliau pun pulang menemui Nabi s.a.w dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa Al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan aku mendapatkan bahagian bersama kamu.
HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Harus Mengambil Bayaran Di Atas Jampi Yang Menggunakan Ayat ayat Al Quran
Dan Zikir Zikir

respons needed.. Chill yo!! :)

0

#80 Islam Sekadar Nama ??

Tuesday, June 7, 2011 micosey , , , , ,


memang benar hadis rasulullah s.a.w..:

(pada permulaan islam telah datang dalam keadaan asing kemudian islam akan kembali asing..beruntunglah bagi orang yang asing....)

manusia di akhir zaman lebih membanggakan  adat dan budaya orang barat daripada budaya yang dibawa daripada nilai-nilai islam itu sendiri.

kerana itu nilai-nilai moral dalam diri semakin terhakis sehingga mereka lupa sama ada agama mereka islam ataupun kafir...

apa yang boleh di lihat pada zaman sekarang..

  1. hilang rasa hormat pada ulama'
  2. tidak mengikut ajaran al-quran dan as-sunnah
  3. budaya barat di banggakan
  4. anak luar nikah bertambah
  5.  jemaah di masjid semakin kurang

 banyak lagi masalah sosial yang membelenggu masyarakat di zaman ini..(seks bebas,pergaulan bebas)

adakah kita semua tahu bila kita akan mati??

adakah kita ada amalan yang akan menyelamatkan kita daripada api neraka....

TIDAK!!!

mungkin itu jawapan yang akan diberikan oleh anak-anak kita...

ISLAM membawa risalah yang benar...bukan untuk di permainkan

dalam dunia yang serba canggih...lebih kehadapan..perlu ada semangat yang tinggi untuk bergelar....


SYAHID di JALAN ALLAH....


semoga impian setiap manusia untuk masuk ke syurga ALLAH akan tercapai..

saya sekadar menulis untuk saling mengingatkan sesama kita saudara-saudara islam. saya juga tidak bukan seorang yang amat taat kepada agama,tetapi,saya akan berusaha menjadi lebih baik.


respons needed.. Chill yo!! :)

6

« Previous Posts

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.