Pages

#062 Sudirman Haji Arshad dalam kenangan (25 Mei 1954-22 Februari 1992)

Tuesday, February 22, 2011 micosey , , , ,




JIKA tidak menyanyi insan ini mungkin menjadi seorang peguam. Tetapi, rezekinya bukan di bidang perundangan - membela orang yang memerlukan bantuannya. Takdirnya menjadi penghibur rakyat - menyampaikan mesej dalam bidang seni. Itulah Penghibur No Satu Asia - Sudirman Haji Arshad.
Sudirman anak pasangan Romlah Dahsln dsn Arshad Hassan selamat dilahirkan ke dunia pada hari Rabu, 12 Mei 1954 di No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh Pahang. Sudirman adalah anak bongsu
daripada enam adik beradik. Saudaranya yang lain ialah Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini
Ayah dan ibunya bukan calang-calang orang.Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik. Dia pernah menjadi Ketua Wanita Umno Pahang Selatan dan wakil rakyat pertama bagi kawasan Temerloh pada 1955. Bapanya pula pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik
Zaman remaja Sudirman agak pilu apabila ibu tempatnya menumpang kasih meninggal dunia pada 1959 di usia muda 32 tahun kerana mengidap kanser. Pada waktu itu Sudirman baru berusia lima tahun. Bayangkan perasaannya yang masih kecil ditinggalkan ibu tercinta ketika baru hendak bernanja.
Bapanya kemudian bernikah dengan Mariam Mohammad. Kepada Mariamlah Sudirman dan adik beradiknya menumpang kasih sebagai ibu. Ayahnya kemudian menyusuli Romlah berpulang ke rahmatullah pada 1986.
Sudirman memulakan persekolahnya pada1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM (Institut Teknologi Mara kini Universiti Teknologi Mara) dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bagaimanapun, dia menolak tawaran itu.
Pada 1976, Sudirman melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, dia masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya.
Pada 1980 Sudirman menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Pada 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
Pengiktirafan itu juga Sudirman digelar The Singing Lawyer
.
17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana-mana kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

17 tahun selepas kematiannya, pada 18 Jun 2009 secara rasminya beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima pengiktirafan itu dari Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang..

Habsah Hassan seorang penulis lirik ,"Saya amat terkilan kerana tidak sempat bercakap dengan sudir beberapa bulan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir kerana pengurursan yang baru ke atas sudir dan saya terasa hati dengan sudir,namun mengabaikannya. Lagu Salam terakhir siap 5 tahun sebelum sudir pergi dan lagu itu hanya popular setelah sudir pergi tinggalkan kita semua" 

antara gambar kenangan




kenangan salah seorang peminat dengan sudir        


tandatangan buat seorang peminat



              Habsah Hasan (private)
             
respons needed.. Chill yo!! :)

15 Responses to “#062 Sudirman Haji Arshad dalam kenangan (25 Mei 1954-22 Februari 1992)”

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger
www.micosey.blogspot.com. Powered by Blogger.
Powered by Blogger. Designed by elogi. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com. Proudly powered by Blogger.