Pages
April 2011
#068 Bertamu Di Kalbu Lirik asal Jacklyn Victor
Friday, April 29, 2011 micosey aku, gembira, lagu, lirik, suka
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu
Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri
Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu
respons needed.. Chill yo!! :)
#067 Serangan Politik atau Kebenaran ?
Wednesday, April 27, 2011 micosey aku, duit, dunia, gembira, politik, sedih
respons needed.. Chill yo!! :)
#066 Cita-Cita
Wednesday, April 13, 2011 micosey aku, hampa, hidup, kecewa, sedih
tajuk yang kecil lagi ringkas
CITA-CITA
apa cita cita kita sebenarnya ? lain orang lainlah cita-cita mereka bukan?
aku nak cerita la sikit pasal cita cita aku.
dulu,masa kecik2 (Darjah 6) aku nak jadi lawyer aka peguam .
nak bela orang. itu dulu..
tapi aku pikir pikirkan balik,aku nak jadi pilot iaitu juruterbang,
setelah sekian lama aku menaruh harapan yg tinggi untuk menjadi pilot..
aku buat research sana sini. bertanya pada bermacam-macam orang. ada yang menyokong ada yang tidak kerna kos menjadi pilot mencecah ratusan ribu utk mendapatkan lesen cpl/ir
walaupun keputusan spm aku kurang memuaskan,namun aku apply jugak pilot.
akhirnya aku mendapat surat tawaran yg menyatakan aku layak untuk ke akademi tersebut.
beberapa proses telah ku jalani. malangnya,pinjaman yang aku nk buat tidak dibuka pada tahun ini iaitu pinjaman pendidikan skolah penerbangan MARA
tahun lepas ada,tahun ni xda? begitu sedih dan hampa aku rasa.
apalah nasib orang miskin sperti aku.
mungkin aku hendak menggapai cita2 yang terlalu tinggi lalu menghampakan aku.
begitu sedih hati ini tiada siapa yang tahu mereka hanya tahu kata ada hikmah disebalik yg berlaku.
namun hati yg sakit ni sukar menerima kenyataan.
bertahun-tahun aku mendalami bidang ini.
tak apa lah aku reda. hari ini pulak,aku dapat approval letter daripada dca iaitu department of civil aviation malaysia yang menyatakan bahawa mereka menerima aku untuk menjadi student di sekolah penerbangan. luka tersebut berdarah kemballi kerna membuatku terkenang kisah lalu.
:((
respons needed.. Chill yo!! :)
#065 Dermarian 06-10 PromNite
Monday, April 11, 2011 micosey aku, bahagia, hidup, sekolah, suka
aku merupakan bekas pelajar smk derma.
sapa x kenal smk derma kat perlis kan!
skolah harian terbaik di perlis.
aku mula belajar di situ pada tahun 2006 iaitu di tingkatan 1 hingga 2010 (tingkatan 5)
walaupun sekolah aku merupakan sekolah terbaik di perlis,tapi aku sebagai pelajar di situ bukan lah terbaik.
hal ini terbukti apabila result peperiksaan awam keluar iaitu pmr dan spm
pmr aku dapat 5a ja. ish2.. manakala spm aku hanya dapat 4a.
begitu teruknya aku.malasnya aku belajar.
pasti guru2 yang mengajar aku kecewa dengan keputusan yang aku dapat. jadi lepas ni,aku akan lebih berusaha,
aku akan cari balik cikgu2 aku lepas aku berjaya! aku nak buktikan pada mereka semua. juga pada kawan2 ku yang ada sesetengah daripada depa yang merendahkan aku yang dah rendah ni.hampa tunggu!!
ok,berkenaan dengan tittle di atas,aku telah menghadirkan diri pada malam itu iaitu sehari sebelum keputusan spm diumumkan (22 march 2010). setiap yang hadir perlu membayar rm 50 seorang.bagi aku ia amat berbabloi dan makanannya amat mewah. thanks kepada penganjur.
satu malam yang pasti aku tak akan lupakan. nyanyian daripada adila,akmal,kamal,juga naufal,addeen,irzat memang mantap! :)
thanks guys!
tak banyak gambar aku dengan kawan2 sebab aku yang ambil gambar. sedih2. xdapat aku abadikan kenangan kita kawan2. apa2 pun enjoylah gambar di sini. :)
respons needed.. Chill yo!! :)